Showing posts with label KEJAYAAN 2016. Show all posts
Showing posts with label KEJAYAAN 2016. Show all posts

Monday, 5 September 2016

PERKHEMAHAN PANDU PUTERI DAERAH SEREMBAN 2


PERKHEMAHAN PANDU PUTERI DAERAH SEREMBAN 2
Tarikh: 26-28 Ogos 2016
Tempat: SMK Rantau

Guru terlibat: 
Pn. Siti Nor Firdaus Bt Hamdan
Pn. Noor Fadzilah bt Mohd Yusof
Pn. Sharifah Norizah bt selamat
Pn. Asmahani bt Ahmad@Amros

Perseta:
Insyirah Bt Mohd Syukri (1UA)
Putri Adriana Balqish Bt Mohamad Azmir Khan (1UA)
Nor Natasha Bt Mohd Hasri (1UA)
Nor Syafiqah Bt Ghazali (1 UA)
Nurul Izzah Bt Mohamad Redza (4EF)
Saiyidah Husna Bt Mansor (4EF)

Terdapat 4 pertandingan yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu Masakan Rimba, Kraf tangan, Gajet gajet dan Malam kebudayaan. Smk Pendeta Za'ba berjaya memenangi tempat ketiga pertandingan membina gadjet dan muncul Johan pertandingan kraftangan. Tahniah kepada semua peserta dan guru pengiring yang berjaya mengharumkan nama SMKPZ.



Taklimat perkhemahan


memasang khemah

Pasukan pandu puteri SMKPZ berjaya mendapat tempat ketiga membina gadjet dan Johan pertandingan kraftangan

Tahniah dan syabas diucapkan!


"Ke arah kecemerlangan insan"

Sunday, 31 July 2016

PASUKAN PETANQUE (L) SMK PENDETA ZA'BA -JOHAN PERINGKAT NEGERI 2016


Tarikh: 31 Julai 2016
Tempat: Port Dickson

Pada 31 Julai 2016, Pasukan petanque SMK Pendeta Za'ba telah menyertai Pertandingan Petanque Peringkat Negeri anjuran ANGKASA. Keputusan telah memihak kepada pasukan petanque (L) SMK Pendeta Za'ba apabila telah memenangi semua perlawanan menentang sekolah lain sekaligus muncul sebagai Johan peringkat negeri dan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada pasukan petanque (L) kerana berjaya mengulangi sejarah tahun 2013.


Pasukan petanque (L) bersama guru penasihat kelab petanque SMK Pendeta Za'ba Puan Fauziah bt Ahmad dan Puan Rozita


Sesi menerima hadiah kemenangan


Pasukan petanque (L) yang akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan

Tahniah diucapkan!!

Friday, 22 July 2016

PELAJAR SMK PENDETA ZA'BA MEWAKILI NEGERI SEMBILAN SUKMA DI SARAWAK DALAM PERTANDINGAN PETANQUE


PELAJAR SMK PENDETA ZA'BA MEWAKILI NEGERI SEMBILAN -SUKMA DI SARAWAK DALAM PERTANDINGAN PETANQUE

Seorang pelajar SMKPZ saudara Muhd Iman Danial telah membawa nama SMKPZ ke SUKMA 2016 yang telah berlangsung di Sarawak. Muhd Iman telah terpilih menyertai pasukan petanque Negeri sembilan dan telah berjaya mengharumkan nama Negeri sembilan melalui kutipan pingat iaitu; Pingat Perak kategori triple lelaki dan pingat gangsa kategori berpasukan lelaki. Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar SMKPZ untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.




Muhd Iman ( paling kanan) bersama pingat yang dimenangi dalam acara triple lelaki


Tahniah kepada pasukan petanque Negeri Sembilan!

Thursday, 14 July 2016

PASUKAN BOLA SEPAK SMKPZ (B15) -NAIB JOHAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2


Tarikh: 11 Julai -14 Julai 2016
Keputusan: Pasukan SMKPZ (B15) -NAIB JOHAN

Pada 11-14 Julai, SMK Pendeta Za'ba telah menjadi pengelola untuk kejohanan bola sepak peringkat daerah seremban 2. Seramai 20 orang guru SMK Pendeta Za'ba telah menjadi urusetia dalam kejohanan ini selama 4 hari. Peringkat akhir telah menyaksikan perlawanan sengit antara pasukan bola sepak (B15) SMK Ampangan melawan pasukan bola sepak (B15) SMK Pendeta Za'ba sehingga membawa ke sepakan penalti. Akhirnya Johan telah menjadi milik SMK Ampangan dan Naib Johan SMK Pendeta Za'ba. Semoga pasukan SMK Pendeta Za'ba dapat menebus kembali gelaran Johan pada tahun hadapan. Tahniah kepada semua guru yang menjadi pengelola dan semua pasukan yang mengambil bahagian.


Sebahagian urusetia SMK Pendeta Za'ba 

Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba turut serta memberikan semangat sewaktu perlawanan akhir

Sesi penyampaian hadiah


Pasukan bola sepak (B15) SMK pendeta Za'ba bergambar bersama jurulatih pasukan En Hamsaril bin Hamdan.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Friday, 5 February 2016

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DAERAH SEREMBAN | TEMPAT KE-3


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DAERAH SEREMBAN

Tarikh: 3 dan 4 Februari 2016
Tempat: Centre court, Paroi
Penyertaan: Lelaki B18 dan Perempuan B18
Guru-guru pengiring: En Najib, En Syarizal dan Puan Norizah

Pencapaian: Perempuan B18 (Suku akhir)
Lelaki B18 (Tempat ke-3)

pasukan bola tampar LB18 dan PB18 bergambar kenangan dengan guru-guru pengiring




Suasana semasa pertandingan berlangsung


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar sekolah!

Thursday, 4 February 2016

SMK PENDETA ZA'BA - TEMPAT KE-3 KONVESYEN PROGRAM TUNAS NIAGA

TEMPAT KE-3 KONVESYEN PROGRAM TUNAS NIAGA

Tarikh: 1-2 Februari 2016
Tempat: Bayu Beach Resort, Port Dickson
Guru Pengiring: Puan Nor Afizah Bt Yahya
Pencapaian: Tempat ketiga |Persembahan Terbaik



Tahniah dan syabas diucapkan!