Wednesday, 6 January 2016

PENUBUHAN KELAB TEATER SMK PENDETA ZA'BA

INFO PENUBUHAN KELAB TEATER SMKPZ

Pada tahun lepas, Pn Nor Hayati Bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum SMKPZ telah mengumumkan penubuhan satu kelab baru di SMKPZ iaitu kelab teater. Pada 6 Januari 2016, secara rasminya kelab ini telah melakukan perjumpaan dan pemilihan ahli jawatankuasa yang pertama. Tiga orang guru penasihat yang dilantik ialah Puan Azizah, Puan Izni dan En Loqman yang akan berusaha untuk mengetengahkan bakat terpendam ahli kelab ini sekaligus melahirkan lebih ramai murid SMKPZ yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi untuk membuat pelbagai persembahan dihadapan khalayak ramai. Banyak aktiviti yang dirancang oleh kelab teater antaranya kursus asas vokal, edisi mengcungkil bakat-puisi dan lagu, puisidra, pentomen,sajak, lakonan dan lawatan ke Aswara. 


Aktiviti pemilihan jawatankuasa dan 'ice-breaking" yang mengkehendaki pelajar memperkenalkan diri dengan cabaran suara dari perut dan suara sengau

Guru-guru penasihat dan ahli kelab bergambar kenangan sebagai tanda penubuhan kelab secara rasmi pada 6 Januari 2016.


"Pengalaman zaman persekolahan cukup pahit untuk ditinggalkan dan cukup manis untuk dikenang - L.H"

Tuesday, 5 January 2016

MINGGU ORIENTASI PELAJAR SMKPZ

SEKITAR MINGGU ORIENTASI SMKPZ

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPZ sedang giat menjayakan minggu orientasi pelajar baru tingkatan 1 dan minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 4. Baru-baru ini, pengelola blog sempat melihat aktiviti yang dijalankan pada hari kedua minggu orientasi tingkatan 1. Kelihatan semua pelajar tingkatan 1 begitu bersemangat setiap kali taklimat diadakan. Guru Kaunselor, En Fahrid yang bertugas melancarkan perjalanan orientasi tingkatan 1 di Dewan seri Pendeta turut dibantu oleh krew-krew yang terdiri daripada  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS SMKPZ)



 Taklimat bersama GPK HEM, Tuan Hj. Roslan B. Omar yang menyampaikan banyak maklumat penting berkaitan disiplin dan pengurusan kelas. Setiap pelajar baru tingkatan 1 juga telah dibekalkan dengan fail kuning yang mengandungi pelbagai maklumat yang perlu dijadikan rujukkan pelajar.





Puan Nor Hayati Bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum yang juga merupakan guru muzik SMKPZ  melatih pelajar baru tingkatan 1 untuk menyanyikan lagu sekolah dengan betul mengikut rentak muzik yang dimainkan.. Semangat untuk menyanyikan lagu jelas terpancar apabila pelajar tingkatan 1 kelihatan begitu seronok menghafal lagu sekolah seawal minggu pertama persekolahan





Banyak lagi gambar sesi taklimat sepanjang minggu orientasi akan menyusul kemudian 


Monday, 4 January 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016


Hari pertama persekolahan di SMKPZ bagi sesi 2016 

Biarkan gambar berbicara 


Bacaan doa bagi memberkati majlis



Bacaan ikrar pelajar SMKPZ

Amanat daripada Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ

Antara intipati penting yang disampaikan ialah;
  • sesi persekolahan di SMKPZ pada tahun 2016 bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 jika tiada aktiviti kokurikulum pada hari tersebut
  • Tindakkan akan diambil jika pelajar sering lewat ke sekolah
  • Pelajar wajib mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam buku peraturan sekolah
  • Pelajar perlu mempunyai adab menuntut ilmu dan sentiasa menghormati guru 



Khusyuk mendengar amanat yang disampaikan
Pengawas bertugas memantau pergerakkan keluar pelajar

SELAMAT MAJU JAYA DAN TERUSKAN SEMANGAT MENUNTUT ILMU DI SMKPZ

Friday, 1 January 2016

SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2016

SMK PENDETA ZA'BA TAHUN 2016


TAHUN BARU
CERITA BARU
SEMANGAT BARU
SELAMAT TAHUN BARU 
2016