Wednesday, 25 May 2016

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS PSS SMKPZ SIRI 2/2016

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS PSS SMKPZ SIRI 2/2016

Tarikh: 21 Mei 2016
Masa: 8.00 pgi- 12.00 tghri
Anjuran: Unit Pusat Sumber SMKPZ
Fasilitator: En. Mohd Loqmanul Hakim

Pada 21 Mei 2016 telah berlangsung Bengkel Pemantapan Pengawas PSS siri 2/2016 yang merupakan kesinambungan daripada bengkel siri 1 yang telah diadakan pada bulan Mac 2016. Seramai 40 orang pengawas PSS yang baru dilantik telah mengikuti bengkel ini dan berjaya mendapat sijil asas pengawas pusat sumber peringkat sekolah.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberikan ilmu pengurusan PSS kepada pengawas PSS yang dilantik terutama dari segi tugasan di kaunter sirkulasi untuk pinjaman dan pemulangan buku, pengendalian sistem Ps-sentral melalui barcode scanner, teknik proses buku, kaedah menampal tulang buku dengan betul dan keceriaan PSS.

Modul yang digunapakai sepanjang bengkel telah disediakan oleh En Loqman, yang membahagikan aktiviti kepada 4 slot utama iaitu slot 1-Mari berkenalan, slot 2- Pengawas PSS cergas, slot 3-Buku temanku dan slot 4- Pulang marilah pulang.


Slot 1- Marilah berkenalan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli pasukan pengawas PSS dan mewujudkan organisasi yang cakna antara satu sama lain. Aktiviti pembahagian kumpulan mengikut tarikh lahir dan tepuk pengawas PSS memberikan keseronokkan kepada peserta untuk persediaan slot 2.


Slot 2- Pengawas PSS cergas merupakan "task" berkumpulan dimana peserta perlu mencari 5 buah buku daripada rak berlainan mengikut arahan fasilitator. Kemudian mereka perlu duduk di dalam kumpulan dan berbincang kaedah mencari nombor panggilan buku dengan betul. Pasukan yang paling lambat menyiapkan task akan dikenakan denda.


Slot 3- Buku temanku merupakan sambungan daripada slot 2. Peserta perlu menulis nombor perolehan buku dengan betul dan menampal pada buku mengikut ukuran yang betul. Setelah selesai, buku yang lengkap ditampal ditunjuk kepada fasilitator untuk dinilai. Dalam slot 3, peserta dilatih cara menggunakan Ps-sentral oleh En Loqman dan cara mengendalikan urusan kaunter sirkulasi.



Slot 4- Pulang marilah pulang - Peserta dikehendaki menyanyikan lagu tepuk Pengawas PSS mengikut kumpulan masing-masing untuk melatih keberanian berdepan dengan khalayak. Peserta yang malu-malu akan dipaksa sehingga kumpulan mereka berjaya menunjukkan persembahan tepuk yang bersemangat dan serentak. Aktiviti menyiapkan kad ucapan hari guru juga diselitkan pada slot 4 untuk menghabiskan waktu yang masih berbaki.


"we love PSS"- Para peserta bergambar kenangan sebelum bersurai

-Ke arah pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21-

Sunday, 15 May 2016

SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIK SMK PENDETA ZA'BA 2016



16 MEI 2016
SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK SMK PENDETA ZA'BA
TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENDIDIK ANAK-ANAK SMK PENDETA ZA'BA
MENJADI INSAN BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


"GURU IBARAT LILIN YANG MEMBAKAR DIRI SENDIRI UNTUK MENERANGI ORANG LAIN"



Thursday, 12 May 2016

TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SMK PENDETA ZA'BA 2016


Tarikh: 12 Mei 2016
Masa: 3.00 pm- 4.30 pm
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada 12 Mei 2016, telah berlangsung taklimat berkaitan PBPP yang telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penjelasan lanjut kepada barisan pendidik SMK Pendeta Za'ba mengenai perlaksanaan PBPPP yang telah digunapakai bermula Januari 2016 bagi menggantikan LNPT yang  digunapakai sebelum ini. 
Tempoh penilaian PBPP ini akan dilaksanakan secara berterusan dalam tempoh 1 tahun dimana penilaian akan dilaksanakan oleh Pegawai Penilai sebanyak 2 kali setahun. Oleh itu, Pegawai Yang Dinilai perlu sentiasa memajukan diri bagi mendapat markah Cemerlang kerana PBPP turut dinilai berdasarkan keberhasilan, generik dan fungsional. 


Sesi taklimat dan penerangan oleh Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba dan En Abdul Hadi B Mohd Yusof, GPK Akademik SMK Pendeta Za'ba.

Para guru sedang mendengar taklimat dan mencatat isi penting

Untuk membaca latar belakang berkaitan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPP), warga guru digalakkan untuk melawat pautan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan mengenai PBPP ini



sumber : Laman web e-prestasi KPM


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Wednesday, 11 May 2016

SERTAI PERADUAN #TERIMAKASIHCIKGU2016


TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR 
PERADUAN #TERIMAKASIHCIKGU2016



Sumber: Laman Web KPM