3rd Batch of Nihonggo Partners – School Visits
Pada 13 Julai 2016, SMK Pendeta
Za’ba telah menerima satu lawatan daripada pihak Japan Foundation Kuala Lumpur
(JFKL). Lawatan tersebut telah diadakan kerana SMK Pendeta Za’ba telah
dicalonkan untuk menerima seorang sukarelawan daripada negara Jepun pada tahun
2017. 3 orang wakil daripada JFKL telah hadir iaitu Cik Taniguchi Misako
(Koordinator Program Nihonggo Partners), Cik Siti Hajar (Penolong Koordinator
Program Nihonggo Partners) dan juga Cik Serizawa Yumi (Pensyarah Bahasa Jepun
JFKL).
Tujuan lawatan diadakan ialah untuk meninjau persekitaran sekolah serta
kemudahan yang boleh digunakan untuk oleh sukarelawan Bahasa Jepun tersebut. Di
samping itu, sesi perbincangan juga telah diadakan bersama pentadbir sekolah
mengenai tempat tinggal serta kemudahan pengangkutan untuk kegunaan sukarelawan
yang berkenaan.
Program Nihonggo Partners
sebenarnya telah dilancarkan pada 2015 (kumpulan pertama pada 2015 dan kumpulan
kedua pada 2016). Program ini disertai oleh sukarelawan Jepun yang dihantar ke
sekolah-sekolah di negara-negara ASEAN untuk menyokong perkembangan Bahasa
Jepun di negara-negara yang terlibat. Program ini bukan sahaja untuk menyokong
perkembangan Bahasa Jepun, malah budayanya juga. Setakat ini, seramai 28
sekolah telah menyertai program ini dengan bilangan NP seramai 28 orang.
Semoga program ini dapat memberi
manfaat kepada warga SMKPZ pada tahun 2017.
Laporan oleh: Puan Asmahani bt Ahmad@Amros
Guru Subjek Bahasa Jepun SMKPZ
Guru Subjek Bahasa Jepun SMKPZ
Sesi bergambar bersama Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA