Thursday 18 October 2018

SMK PENDETA ZA'BA JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

SMK PENDETA ZA'BA JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

16 Oktober 2018- SMK Pendeta Za'ba telah melakar sejarah apabila muncul sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (Kategori sekolah menengah) peringkat Kebangsaan tahun 2018. Anugerah tersebut telah disampaikan dalam Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee B Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kejayaan yang cemerlang ini adalah hasil usaha semua warga SMKPZ di bawah pentadbiran pengetua yang berwibawa, Pn Ramona Bt Rosli dan komitmen guru-guru, PIBG, para pelajar serta kerjasama yang padu dengan PKG Ampangan serta pegawai BTPNNS.

Kemenjadian pelajar dan inovasi PSS merupakan aspek yang ditekankan oleh SMKPZ sewaktu menyertai APSSK 2018. Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman bersama guru-guru PSS akan memastikan SMKPZ akan terus cemerlang dalam pengurusan Pusat Sumber agar lebih banyak kejayaan dapat dicapai pada masa akan datang untuk memberikan impak kepada warga sekolah. Semoga Pusat Sumber SMKPZ terus maju menuju ke arah Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21! Tahniah dan syabas diucapkan.

Guru-guru pusat sumber dan pentadbir bergambar bersama Pengarah JPNNS, Tn Pkharuddin B Hj Ghazali.





Bersama para pegawai PKG Ampangan dan BTPNNS


Anugerah telah disampaikan oleh YB Dr Maszlee B Malik, Menteri Pendidikan Malaysia kepada Pengetua SMKPZ, Pn Ramona Bt Rosli.

Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman bersama mock cek kemenangan


"ke Arah Kecemerlangan Insan"

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA