Tuesday, 19 July 2016

SMKPZ SERTAI KASTEK PERINGKAT NEGERI 2016


Tarikh: 19 Julai 2016
Tempat: SMK SRI JEMPOL

Pada 19 Julai 2016, SMK Pendeta Za'ba telah menyertai pertandingan KASTEK peringkat negeri yang diadakan di SMK Sri Jempol. Pasukan yang terlibat ialah solar car, solar boat, roket  dan Efficiecny Energy Cooking-EEC. Tujuan menyertai pertandingan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Pendeta Za'ba berkenaan situasi pertandingan KASTEK. Pengalaman seumpama ini akan mempersiapkan pelajar agar lebih bersedia untuk siri pertandingan pada tahun hadapan.


Pasukan solar boat dan solar car bersama guru penasihat Cik Khartini dan Puan Hazalila

Pasukan roket bersama guru penasihat Cik Ung Mei Lin

Pasukan EEC bersama guru penasihat En Mohd Loqmanul Hakim
#Pengalaman adalah proses pembelajaran

Friday, 15 July 2016

3rd BATCH OF NIHONGGO PARTNERS - SCHOOL VISITS

3rd Batch of Nihonggo Partners – School Visits

Pada 13 Julai 2016, SMK Pendeta Za’ba telah menerima satu lawatan daripada pihak Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL). Lawatan tersebut telah diadakan kerana SMK Pendeta Za’ba telah dicalonkan untuk menerima seorang sukarelawan daripada negara Jepun pada tahun 2017. 3 orang wakil daripada JFKL telah hadir iaitu Cik Taniguchi Misako (Koordinator Program Nihonggo Partners), Cik Siti Hajar (Penolong Koordinator Program Nihonggo Partners) dan juga Cik Serizawa Yumi (Pensyarah Bahasa Jepun JFKL). 
Tujuan lawatan diadakan ialah untuk meninjau persekitaran sekolah serta kemudahan yang boleh digunakan untuk oleh sukarelawan Bahasa Jepun tersebut. Di samping itu, sesi perbincangan juga telah diadakan bersama pentadbir sekolah mengenai tempat tinggal serta kemudahan pengangkutan untuk kegunaan sukarelawan yang berkenaan.

Program Nihonggo Partners sebenarnya telah dilancarkan pada 2015 (kumpulan pertama pada 2015 dan kumpulan kedua pada 2016). Program ini disertai oleh sukarelawan Jepun yang dihantar ke sekolah-sekolah di negara-negara ASEAN untuk menyokong perkembangan Bahasa Jepun di negara-negara yang terlibat. Program ini bukan sahaja untuk menyokong perkembangan Bahasa Jepun, malah budayanya juga. Setakat ini, seramai 28 sekolah telah menyertai program ini dengan bilangan NP seramai 28 orang.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada warga SMKPZ pada tahun 2017.

Laporan oleh: Puan Asmahani bt Ahmad@Amros
Guru Subjek Bahasa Jepun SMKPZ


Sesi bergambar bersama Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba



Thursday, 14 July 2016

PASUKAN BOLA SEPAK SMKPZ (B15) -NAIB JOHAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2


Tarikh: 11 Julai -14 Julai 2016
Keputusan: Pasukan SMKPZ (B15) -NAIB JOHAN

Pada 11-14 Julai, SMK Pendeta Za'ba telah menjadi pengelola untuk kejohanan bola sepak peringkat daerah seremban 2. Seramai 20 orang guru SMK Pendeta Za'ba telah menjadi urusetia dalam kejohanan ini selama 4 hari. Peringkat akhir telah menyaksikan perlawanan sengit antara pasukan bola sepak (B15) SMK Ampangan melawan pasukan bola sepak (B15) SMK Pendeta Za'ba sehingga membawa ke sepakan penalti. Akhirnya Johan telah menjadi milik SMK Ampangan dan Naib Johan SMK Pendeta Za'ba. Semoga pasukan SMK Pendeta Za'ba dapat menebus kembali gelaran Johan pada tahun hadapan. Tahniah kepada semua guru yang menjadi pengelola dan semua pasukan yang mengambil bahagian.


Sebahagian urusetia SMK Pendeta Za'ba 

Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba turut serta memberikan semangat sewaktu perlawanan akhir

Sesi penyampaian hadiah


Pasukan bola sepak (B15) SMK pendeta Za'ba bergambar bersama jurulatih pasukan En Hamsaril bin Hamdan.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Friday, 1 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
DAN SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SMK PENDETA ZA'BA

1 JULAI 2016- 10 JULAI 2016