Thursday, 24 December 2015

MESYUARAT GURU SMKPZ KALI PERTAMA 2016 | HARI KEDUA

Tarikh- 23 Disember 2015
Hari- Rabu
Tempat- Dewan Sri Pendeta

Mesyuarat Guru SMKPZ kali Pertama tahun 2016 diteruskan pada hari kedua. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ . Untuk slot pertama bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari telah berlangsung Mesyuarat Kurikulum 2016 kali pertama. Dalam mesyuarat Kurikulum, semua guru diingatkan untuk mematuhi dasar kurikulum dan perlu dilaksanakan seperti diarahkan. Banyak maklumat penting telah dibincangkan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ dalam mesyuarat Kurikulum ini antaranya berkaitan post mortem PT3, pengurusan kurikulum, pembelajaran abad-21, KBAT, pengurusan PdP yang melibatkan buku rekod mengajar, pencerapan guru, penyemakkan dan penyeliaan buku latihan, pengurusan pusat sumber sekolah dan pelaksanaan program NILAM.
Guru Penolong Kanan Akademik, En Abdul Hadi Bin Mohd Yusof juga telah menekankan perihal pengurusan kurikulum SMKPZ untuk tahun 2016 mengenai jadual waktu dan jawatankuasa kurikulum . Setelah selesai perbincangan mengenai hal-hal lain, mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari untuk waktu rehat.

Slot berikutnya, ialah Mesyuarat Hal Ehwal Murid kali pertama 2016 yang bermula pada pukul 2.00 tengahari dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Dalam mesyuarat HEM ini banyak halatuju dan dasar HEM telah dibincangkan untuk memastikan semua guru SMKPZ sentiasa peka dengan masalah disiplin murid dan sentiasa berusaha kearah kemenjadian murid. Isu-isu yang menjadi penekanan utama ialah berkaitan pengurusan HEM 2016, ponteng sekolah, kehadiran lewat, perancangan strategik HEM dan isu-isu lain yang memerlukan perhatian semua guru. 
Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Roslan Bin Omar telah membincangkan mengenai masalah-masalah disiplin murid SMKPZ untuk tahun 2015 dan meminta para guru agar sentiasa melaporkan dan mencari solusi bersama untuk mengatasi isu disiplin murid di SMKPZ bagi tahun 2016. Selain itu, Tuan Haji Roslan juga menerangkan tentang program terdekat iaitu pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 tahun 2016. Mesyuarat HEM kali pertama telah berakhir pada pukul 4.30 petang. 

Mesyuarat Guru kali Pertama SMKPZ tahun 2016 dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pegetua Cemerlang SMKPZ 

Suasana semasa mesyuarat berlangsung

Setiausaha sedang tekun mencatat minit mesyuarat (Gambar ats kiri) dan semua guru-guru sedang khusyuk mendengar sepanjang sesi mesyuarat berlangsung

Tuesday, 22 December 2015

PEMILIHAN JAWATANKUASA KELAB GURU DAN STAF SMKPZ 2016



Tarikh : 22 Disember 2015
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Selepas tamat Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 22 Disember, telah diadakan pemilihan Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SMKPZ untuk sesi 2016. Pemilihan Jawatankuasa telah dipengerusikan oleh Pn Masitah Bt Ismail yang merupakan Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMKPZ bagi sesi 2015. Majlis pemilihan telah berlangsung dengan jayanya.  Hasil suara majoriti melalui undian, telah memilih Pn. Noraini bt Abdul Rahim sebagai Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMKPZ bagi sesi 2016. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga kebajikan guru dan staf di SMKPZ akan sentiasa diutamakan


Pn. Noraini bt Abdul Rahim telah dipilih sebagai Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMKPZ sesi 2016


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SMKPZ sesi 2015 kerana telah menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2015


Mutiara kata: Hidup kita mencari redha Allah, bukan redha manusia..Pedulikan apa orang kata..Mereka hanya suka melihat kita jatuh tapi tidak pernah memimpin tangan kita untuk bangkit semula- massmerah

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SMKPZ 2016



Tarikh- 22 Disember 2015
Hari-Selasa
Tempat- Dewan Seri Pendeta
Masa- 8.00 pagi- 4 petang

Pada 22 Disember 2015, telah berlangsungnya Mesyuarat Guru SMKPZ kali pertama untuk tahun 2016 yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Banyak maklumat penting untuk gerak kerja tahun 2016 telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru kali pertama ini terutamanya berkaitan KPI (Key Performance Indicator) yang perlu dicapai oleh semua guru pada tahun 2016. Agihan buku pengurusan dan takwim 2016 serta buku rekod mengajar telah dilakukan untuk mempersiapkan guru dengan bidang tugas masing-masing yang telah dinyatakan secara terperinci dalam buku pengurusan dan takwim 2016. 

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari untuk rehat kemudian disambung dengan slot Mesyuarat Kokurikulum SMKPZ kali Pertama 2016 tepat pukul 2.00 petang. Perbincangan berkaitan pengurusan kokurikulum dibincangkan secara menyeluruh untuk memastikan semua guru peka dengan bidang tugas masing-masing dan sentiasa melaporkan sebarang perkembangan kepada GPK Kokurikulum, Pn Nor Hayati bt Abd Rahman untuk mencari solusi bersama. Mesyuarat tamat pada pukul 4.30 petang dan akan disambung pada 23 Disember bagi slot berikutnya.

Diharapkan melalui Mesyuarat Guru kali pertama ini, semua guru SMKPZ dapat membuat persediaan sebelum menempuh sesi persekolahan tahun 2016.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ yang turut dibantu oleh semua Guru Penolong Kanan.

Suasana semasa mesyuarat berlangsung

Semua guru SMKPZ dibekalkan dengan Buku Pengurusan dan Takwim 2016 yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.


Mutiara kata: Hidup bagaikan sebuah perjalanan merentasi jalan penuh liku, terkadang pahit meneruskan perjalanan namun yakin suatu masa pasti akan menemui jalan yang betul untuk sampai ke destinasi..Bahagia pasti muncul untuk orang yang berusaha - L.H

Friday, 18 December 2015

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH