Monday, 29 February 2016

GURU BERPINDAH- PUAN IZNI SYUKRIAH



MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERPINDAHAN
ANJURAN- KELAB GURU DAN STAF SMK PENDETA ZA'BA

Pada 29 Februari 2016, Kelab Guru dan Staf SMK Pendeta Za'ba telah mengadakan satu jamuan perpisahan untuk Puan Izni, guru Sejarah SMK Pendeta Za'ba yang telah lulus permohonan perpindahan ke SMK Bandar Putra, Kulai, Johor. Warga SMK Pendeta Za'ba mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat Puan Izni selama berkhidmat di sekolah ini.




Suasana semasa majlis perpisahan

Selamat berkhidmat di tempat baru!

Saturday, 27 February 2016

LADAP 2- BENGKEL FROG VLE


LADAP 2- Bengkel Frog VLE
Tarikh- 26 Februari 2016
Masa- 8.30 pagi- 12.00 tengahari
Tempat- Makmal Komputer SMK Pendeta Za'ba


 Seramai 40 orang guru SMK Pendeta Za'ba telah menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.  Dalam LDP kali ini, fokus kepada "Flipped classroom” yang melibatkan  penggunaan bahan-bahan  melalui klip video dan sumber bacaan  yang dihasilkan oleh guru dalam laman pembelajaran yang mampu memberikan pelajar peluang meneroka ilmu di luar bilik darjah. Semoga para guru yang terlibat dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi dan mengaplikasi pengunaan Frog VLE dalam P&P.

Terima kasih diucapkan kepada fasilitator dan penceramah yang terlibat sepanjang sesi LDP berlangsung;

1. Encik Ahmad Yusri Bin Yusoff, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS 
2. Encik Muhammad Akmal Bin Ab d Razak, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ampangan 
3. Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ampangan 
4. Encik Muhammad Izzad Fadzli Bin Mohd Kamal, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai







MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3 2015 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21


MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3 2015 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

Tarikh: 25 Februari 2016
Masa- 2.00 petang
Tempat- Dewan Seri Pendeta

Seramai 83 orang pelajar cemerlang PT3 2015 yang mendapat keputusan 5A sehingga 11A telah menerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan PT3 SMK Pendeta Za'ba yang telah dirasmikan oleh  wakil kepada YB Dato' Haji Abu Ubaidah B. Dato'Haji Redza, ADUN Kawasan Ampangan.

Selepas selesai penyampaian anugerah kecemerlangan majlis diteruskan pula dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 SMK Pendeta Za'ba yang telah berlangsung sehingga pukul 6.10 petang. Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dan bersama-sama pihak sekolah dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang





susasana dalam dewan ketika ketibaan Ibu Bapa dan dif-dif jemputan


Persembahan selamat datang daripada kelab kebudayan SMK Pendeta Za'ba

Sesi ucapan daripada Puan Hajah Hamidah Bt burok,Pengetua Cemerlang SMKPZ  dan para tetamu jemputan







Penyampaian Anugerah kecemerlangan dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG SMK Pendeta Za'ba



MESYURAT AGUNG PIBG 2016




Suasana sewaktu mesyuarat Agung PIBG berlangsung


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN


Tuesday, 23 February 2016

NAZIRAN eSPKB

Tarikh: 22 Februari 2016
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Perkara: Naziran daripada Jabatan Akauntan Negara (Cawangan Negeri Sembilan)

SMK Pendeta Za'ba telah menerima kunjungan daripada tiga orang naziran yang diketuai oleh Puan Maisarah Bt Othman dan dibantu oleh dua orang ahli naziran Puan Yunizan Bt mat dan Puan Nor Hazlin Bt Hashim.

Objektif naziran ini adalah untuk memastikan PTJ mematuhi tatacara perlaksanaan eSPKB dan semua peraturan kewangan yang berkuatkuasa serta memberikan khidmat nasihat berkaitan penggunaan eSPKB.

Pihak naziran juga telah menyemak keseluruhan dokumen eSPKB bagi tahun 2015.


Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ bergambar kenangan dengan ahli naziran dan dua orang Staf SMKPZ iaitu Puan Nor Hidayah dan Cik Salmiah 

Sesi penyampaian cenderamata



KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN


Monday, 22 February 2016

PASUKAN KADET BOMBA SMKPZ |LATIHAN PERSEDIAAN PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI 2016

LATIHAN PERSEDIAAN PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI 2016

Tarikh: 17 Februari 2016
Masa: 4-7 petang
Tempat: Balai Bomba Rahang
Pasukan: Kadet Bomba SMKPZ
Guru-guru pengiring : En Fauat, Puan Suakma dan Puan Norlisa


Pada 17 Februari, En Fauat telah mengetuai pasukan Kadet Bomba SMKPZ dengan usahasama pegawai bomba Rahang untuk persediaan pasukan kadet bomba ke pertandingan peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 9 March 2016. Latihan persediaan seumpama ini amat penting agar dapat memberikan pendedahan awal kepada para peserta SMKPZ sebelum mereka menyertai pertandingan. Banyak teknik-teknik yang berguna diajar sekaligus  membiasakan mereka dengan situasi pertandingan sebenar nanti. 

Warga SMKPZ mendoakan kejayaan Pasukan Kadet Bomba dalam pertandingan peringkat Negeri!




Para peserta begitu bersemangat mengikuti latihan persediaan kawad hos

Puan Suakma dan Puan Norlisa sebagai guru pengiring

Terima kasih kepada pegawai daripada balai bomba Rahang yang banyak membantu

KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS SMK PENDETA ZA'BA 2016


Tarikh: 22 Februari 2016
Masa: 7.30 pagi 
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Penyelaras: En Mohd Loqmanul Hakim B. Kamaruldzaman
Unit Pusat Sumber Sekolah SMK Pendeta Za'ba

Pada 22 Februari 2016, seramai 81 orang pengawas pusat sumber sekolah SMKPZ telah dilantik bagi sesi 2016. Melalui temuduga yang dilaksanakan pada awal Februari, daripada 80 orang pelajar yang hadir temuduga, seramai 50 orang berjaya dan  dilantik sebagai pengawas PSS. Jumlah pengawas lama yang majoriti terdiri daripada tingkatan 5 dan tingkatan 3 berjumlah 31 orang diberi keistimewaan sebagai mentor kepada pengawas baru dilantik sebelum mereka direhatkan pada bulan Mei untuk memberikan mereka masa menelaah pelajaran. Objektif majlis ini adalah untuk memperkenalkan barisan Pengawas PSS 2016 kepada warga SMKPZ dan menaikkan semangat mereka untuk menunaikan tanggungjawab yang baru.

 Program seterusnya ialah bengkel pemantapan Pengawas PSS serta Pelancaran Program NILAM dan Jom Membaca yang akan diadakan dalam masa terdekat. Semoga barisan pengawas PSS yang baru dilantik dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Seawal jam 7.00 pagi para pengawas bersedia di tepi dewan. Juruacara majlis ini ialah Pn Faezah 


Ikrar Pengawas PSS telah diketuai oleh Saudara Mohd Rafiq yang merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2016

Ucapan oleh Puan Hajah Hamidah Bt burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ

Para pengawas PSS ceria bersama sijil watikah perlantikan masing-masing


Gambar kenangan bersama barisan pentadbir SMKPZ

Ke arah transformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke -21


Saturday, 13 February 2016

INFO NILAM













Moga bermanfaat buat warga SMK Pendeta Za'ba



Sumber: Teacher collections FB

Friday, 12 February 2016