Tarikh: 22 Februari 2016
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Penyelaras: En Mohd Loqmanul Hakim B. Kamaruldzaman
Unit Pusat Sumber Sekolah SMK Pendeta Za'ba
Pada 22 Februari 2016, seramai 81 orang pengawas pusat sumber sekolah SMKPZ telah dilantik bagi sesi 2016. Melalui temuduga yang dilaksanakan pada awal Februari, daripada 80 orang pelajar yang hadir temuduga, seramai 50 orang berjaya dan dilantik sebagai pengawas PSS. Jumlah pengawas lama yang majoriti terdiri daripada tingkatan 5 dan tingkatan 3 berjumlah 31 orang diberi keistimewaan sebagai mentor kepada pengawas baru dilantik sebelum mereka direhatkan pada bulan Mei untuk memberikan mereka masa menelaah pelajaran. Objektif majlis ini adalah untuk memperkenalkan barisan Pengawas PSS 2016 kepada warga SMKPZ dan menaikkan semangat mereka untuk menunaikan tanggungjawab yang baru.
Program seterusnya ialah bengkel pemantapan Pengawas PSS serta Pelancaran Program NILAM dan Jom Membaca yang akan diadakan dalam masa terdekat. Semoga barisan pengawas PSS yang baru dilantik dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Seawal jam 7.00 pagi para pengawas bersedia di tepi dewan. Juruacara majlis ini ialah Pn Faezah
Ikrar Pengawas PSS telah diketuai oleh Saudara Mohd Rafiq yang merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2016
Ucapan oleh Puan Hajah Hamidah Bt burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ
Para pengawas PSS ceria bersama sijil watikah perlantikan masing-masing
Gambar kenangan bersama barisan pentadbir SMKPZ
Ke arah transformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke -21
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA