TEMUDUGA CALON PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK PENDETA ZAB'A 2016
Tarikh: 1 Februari 2016
Masa: 2.40 petang- 4.00 petang
Tempat: Perpustakaan SMK Pendeta Za'ba & Bilik Tayang
Panel: Guru-guru perpustakaan SMK Pendeta Za'ba
Sejak iklan permohonan sebagai calon pengawas Pusat Sumber Sekolah dibuka bermula minggu lepas, sebanyak 80 orang pelajar telah memberikan nama kepada Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman dan juga Guru-guru perpustakaan. Memandangkan permohonan yang diterima melebihi kuota yang ditetapkan, maka satu temuduga pemilihan calon pengawas PSS telah diadakan pada 1 Februari 2016. Kriteria utama yang dicari pada tahun ini ialah pelajar yang rajin dan bersemangat serta sanggup belajar pengurusan perpustakaan yang meliputi pengurusan kaunter pinjaman, penyusunan buku menggunakan sistem Dewey, program ulasan buku sewaktu perhimpunan pagi dan tugasan khas.
Untuk makluman, majoriti permohonan yang diterima adalah daripada pelajar baru tingkatan satu. Unit perpustakaan sekolah amat menggalakkan penglibatan pelajar baru tingkatan satu kerana mereka akan dilatih dari awal dan menjadi pelapis untuk menggantikan senior mereka yang kebanyakkan terdiri daripada kelas peperiksaan (tingkatan 3 dan tingkatan 5). Konsep mentor mentee akan digunakan apabila pengawas lama PSS akan dilantik sebagai mentor bagi melatih pengawas PSS baru (mentee) dan proses latihan akan berlangsung selama 3 bulan sebelum pengawas lama yang terlibat dengan kelas peperiksaan ini direhatkan untuk memberikan mereka masa mentelaah pelajaran dan segala tugasan akan diagihkan kepada pengawas yang baru dilantik. Jadual tugasan akan dikeluarkan apabila selesai watikah perlantikkan pengawas PSS yang dijangka diadakan pada minggu ke-3 bulan Februari.
Bermula pada pukul 2.40 petang, para pelajar menyerbu perpustakaan dan diminta mengisi borang pencalonan. Ujian NILAM turut diadakan bagi melihat keupayaan pelajar membuat sinopsis NILAM yang betul kerana mereka yang terpilih bakal menjadi rujukkan pelajar lain
Pengawas PSS telah membantu melancarkan urusan mengedarkan borang dan membantu guru sewaktu sesi temuduga calon
En. Loqman sedang meneliti borang permohonan dan membaca jawapan ujian NILAM calon
Cik Khartini memulakan sesi temuduga di bilik tayang yang terletak bersebelahan perpustakaan
Puan Rahana mendengar jawapan calon dan membuat penilaian
Puan Rahimah menamatkan temuduga kumpulan terakhir yang sanggup menunggu giliran sehingga pukul 4.00 petang
Semoga calon yang berjaya terpilih menjadi pengawas PSS SMK Pendeta Za'ba tahun 2016 dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Zaman persekolahan ialah waktu yang seronok untuk menimba pelbagai ilmu baru
Semoga calon yang berjaya terpilih menjadi pengawas PSS SMK Pendeta Za'ba tahun 2016 dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Zaman persekolahan ialah waktu yang seronok untuk menimba pelbagai ilmu baru
"KE ARAH TRANSFORMASI PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE-21"
**Senarai nama pelajar berjaya untuk tempoh percubaan akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat
**Senarai nama pelajar berjaya untuk tempoh percubaan akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA