CARI DAN MUSNAH PEMANTAUAN AEDES BERSAMA AJK COMBI TAMAN PAROI JAYA
Tarikh: 31 Januari 2016
Tempat: Surau Taman Paroi Jaya Indah dan Jalan Cenderawasih
Guru pengiring: Puan Rosmawani
Peserta: Squad Patrol Denggi SMKPZ
Di penghujung bulan Januari telah berjalan satu program "cari dan musnah pemantauan aedes bersama AJK COMBI Taman Paroi Jaya". Program ini melibatkan penyertaan squad patrol denggi yang terdri daripada pelajar SMK Pendeta Za'ba. Melihat kepada kesan bahayanya pembiakkan nyamuk Aedes kepada kesihatan, maka aktiviti seumpama ini mampu memberikan kesedaran kepada pelajar dan masyarakat setempat akan pentingnya memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk Aedes
Menurut Puan Rosmawani, guru pengiring bagi program ini, antara aktiviti yang dijalankan ialah pemantauan pembiakkan nyamuk Aedes dari rumah ke rumah sekitar jalan Cenderawasih. Selain itu, latihan promoter turut dilaksanakan kepada squad patrol denggi dan sukarelawan COMBI SMK Pendeta Za'ba.
SAMA-SAMA MEMBANTERAS PENULARAN WABAK DENGGI
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA