MESYUARAT KELAB GURU DAN STAF SMKPZ KALI PERTAMA 2016
Tarikh: 15 Januari 2016
Tempat: Bilik gerakkan SMKPZ
Masa: 3.00 Petang
Sewaktu berlangsungnya mesyuarat Kelab Guru dan Staf SMKPZ kali pertama 2016, banyak perkara yang dibincangkan termasuk dasar dan halatuju kelab untuk tahun 2016. Pengerusi KGS turut membentangkan perancangan strategik bagi memastikan semua ahli peka dengan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2016 termasuk program yang terdekat iaitu majlis persaraan En Sebastian. Selain itu, perancagan program dan juga cadangan program yang bersesuaian turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pengerusi KGS SMKPZ 2016, Pn Noraini Bt Abd Rahim sedang mengendalikan mesyuarat
Ahli Jawatankuasa KGS 2016 sedang mencatat maklumat penting yang dibincangkan
Senarai portfolio dan carta organisasi Kelab Guru Dan Staf SMKPZ 2016 akan dikemaskini dalam masa terdekat
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA