INFO PROSES AUTOMASI BUKU
Bermula Feb 2015, SMK Pendeta Za'ba telah menggunakan sepenuhnya sistem yang dikenali sebagai sistem ps-SENTRAL yang menggunakan satu aplikasi sistem untuk memudahkan proses mendaftarkan dan merekodkan buku di perpustakaan secara atas talian (on-line) berbanding kaedah lama yang mencatatkan segala maklumat buku secara manual dan disimpan di dalam fail.
Untuk makluman, sehingga Januari 2016 terdapat 25,000 buah buku (Bahan bercetak) di pusat sumber SMK Pendeta Za'ba pelbagai kategori dan disusun di rak mengikut sistem perkelasan Dewey. Manakala sebanyak 2300 koleksi Bahan Bantu Mengajar (Tidak bercetak) telah direkodkan. Memandangkan masih banyak lagi koleksi buku-buku lama di pusat sumber perlu melalui proses automasi (perekodan sistem) maka Unit Pusat Sumber Sekolah telah bertungkus lumus memastikan lebih banyak buku direkodkan dalam sistem ps-SENTRAL sekaligus akan memudahkan urusan pada masa akan datang. Sehingga kini, hampir 7000 buah buku berjaya dimasukkan dalam sistem dan proses automasi buku sedang giat dijalankan di perpustakaan SMK Pendeta Za'ba dan memerlukan lebih tenaga dari unit Pusat Sumber Sekolah termasuk pembantu perpustakaan dan Pengawas Pusat Sumber.
Halaman utama sistem ps-SENTRAL
Suasana dalam perpustakaan semasa proses automasi 6 Januari 2016. Pn. Rahana, sedang menampal bar code pada buku manakala pembantu perpustakaan, Pn Sara sedang mendaftarkan buku menggunakan sistem ps-SENTRAL melalui kaedah "scan and register". Turut kelihatan wajah-wajah ceria Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang turut serta membantu sehingga ke petang
Mencari buku untuk menampal "bar code" yang telah dijana oleh ps-SENTRAL memerlukan kesabaran dan ketelitian
Unit Pusat Sumber sekolah akan berusaha untuk mendaftarkan lebih banyak buku dalam ps-SENTRAL sehingga berjaya merekodkan kesemua koleksi yang terdapat dalam perpustakaan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak ^_^
UNTUK MAKLUMAN
WAKTU OPERASI PUSAT SUMBER SMKPZ 2016
ISNIN - JUMAAT>7.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
*tertakluk pada perubahan jika perlu
"Ke Arah Transformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21"
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA