KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PENDETA ZA'BA 2016
Tarikh: 27 Januari 2016
Tempat: SMK Pendeta Za'a
Masa: 7.30 pagi- 11 tengahari
Penyelaras: Puan Angeline A/P Veren
Kejohanan merentas desa SMK Pendeta Za'ba tahun 2016 telah berlangsung pada 27 Januari 2016 melibatkan penyertaan daripada rumah Kenyalang, Merak, Cenderawasih, Rajawali dan PPKI. Sebanyak empat kategori utama dipertandingkan iaitu Lelaki bawah 18, Lelaki bawah 15, Perempuan bawah 18 dan Perempuan bawah 15. Sepuluh peserta terbaik setiap kategori telah menerima hadiah berbentuk pingat dan sijil penyertaan. Hadiah turut disampaikan oleh Guru-guru penolong kanan dan hadiah utama disampaikan oleh Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang.Untuk Makluman, hasil pungutan mata acara merentas desa ini akan dikumpul bersama acara-acara sukan dan balapan akan datang sehingga acara kemuncak pada bulan April 2016.
Johan keseluruhan kejohanan merentas desa SMKPZ 2016 telah dimenangi oleh rumah Cenderawasih dengan pungutan mata sebanyak 250 diikuti rumah Rajawali-217, rumah Merak-200 dan rumah Kenyalang-145 . Jika dilihat pada pungutan mata tersebut masih terlalu awal untuk membuat ramalan kemenangan memandangkan masih banyak acara sukan akan dipertandingan dan sudah pasti hasil pungutan mata akan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu usaha gigih dan strategi setiap pasukan mempersiapkan diri dalam acara seterusnya bakal menentukan kejayaan. Majulah sukan untuk SMK Pendeta Za'ba!
Pelepasan peserta di pintu pagar utama
Acara penyampaian hadiah di Dewan Seri Pendeta
Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang telah menyampaikan piala pusingan kepada Ketua Rumah mewakili rumah Cenderawasih, En Yusri atas kemenangan sebagai juara keseluruhan merentas desa 2016
Bergambar kenangan sebelum melabuhkan tirai
-Lensa candid-
Kejohanan merentas desa 2016 sudah melabuhkan tirai dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dan pelajar yang menjadi AJK pelaksana bagi siri kejohanan tahun ini.
#Menang kalah adat pertandingan, yang penting usah berhenti daripada berusaha kerana kejayaan pasti menjadi peneman mereka yang tak menyerah kalah -LH #