Thursday, 31 December 2015

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SMKPZ TAHUN 2016

 MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR  TINGKATAN 1 SMKPZ TAHUN 2016



Tarikh: 31 Disember 2015
Masa: 8.30 pagi- 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ
Penyelaras Program: Pn Sharifah Norashikin bt Syed Loed 
(Kaunselor)


Majlis pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 SMKPZ telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Keadaan cuaca juga amat baik seolah-olah turut mengalu-alukan kedatangan pelajar baru penerus generasi kecemerlangan di SMKPZ. Untuk makluman, seramai 450 orang pelajar baru tingkatan 1 telah mendaftar di SMKPZ bagi tahun 2016. 

Selamat maju jaya dan semoga terus bersemangat menuntut ilmu di SMKPZ di bawah bimbingan para guru yang sentiasa komited dan berdedikasi



Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ diirngi semua GPK dan ketua-ketua bidang menyambut kedatangan pelajar baru ke SMKPZ
Pengawas yang bertugas dibawah pimpinan Pn Norhazlin turut membantu melancarkan proses pendaftaran
Suasana semasa sambutan di pintu pagar utama SMKPZ . Semua guru amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baru tahun 2016


PENDAFTARAN
Seawal 7.40 pagi ibu bapa mula membanjiri perkarangan Dewan Seri Pendeta untuk pendaftaran murid. AJK pendaftaran telah membantu proses pendaftaran sehingga selesai

Penyelaras program sedang memberikan fail pendaftaran kepada En Eiwan

Suasana di meja pendaftaran sekitar pukul 8.15 pagi menunjukkan ibu bapa semakin ramai 


Murid-murid tingkatan 1 telah ditetapkan kelas berdasarkan keputusan UPSR mereka. Untuk memudahkan urusan pendaftaran, nama ditampal di hadapan Galeri Warisan Zaman bersebelahan dengan Dewan Seri Pendeta sekaligus memudahkan murid tingkatan 1 melihat penempatan kelas masing-masing.


Makanan dan buku pendaftaran juga telah diedarkan kepada ibu bapa dan pelajar sebelum mereka memasuki dewan


Suasana dalam dewan sewaktu ibu bapa dan para pelajar mendengar maklumat berkaitan pendaftaran yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan b Omar, GPK HEM dan amanat yang disampaikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ.
(lebih banyak gambar sewaktu majlis berlangsung akan menyusul kemudian)

kumpulan gamelan dibawah pimpinan Pn Nor hayati bt Abd Rahman, GPK Kokurikulum turut membuat persembahan iringan muzik gamelan sewaktu ketibaan dif-dif jemputan


Wajah ceria pelajar yang baru mendaftar di SMKPZ



Tahniah kepada semua Guru dan Jawatankuasa terlibat sepanjang majlis pendaftaran ini berlangsung. Semoga SMKPZ terus maju!

KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN


Wednesday, 30 December 2015

MESYUARAT DAN LDP PANITIA KALI PERTAMA TAHUN 2016

SEKITAR MESYUARAT DAN LDP PANITIA  SMKPZ KALI PERTAMA

Bermula 28 sehingga 31 Disember 2015 telah diadakan mesyuarat panitia dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) setiap panitia. Banyak perkara telah dibincangkan dan diperincikan sepanjang mesyuarat panitia masing-masing untuk mempersiapkan diri dengan sesi persekolahan tahun 2016. Selepas tamat mesyuarat, aktiviti LDP mengikut panitia telah dijalankan. 

Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba juga telah menetapkan tajuk LDP setiap panitia mestilah menjurus kepada pembelajaran abad ke-21 iaitu selari dengan perkembangan dunia pendidikan masakini. Justeru, guru-guru dapat menjadi lebih berinovasi dan bercirikan guru abad ke-21

Berikut merupakan suasana semasa mesyuarat dan LDP berlangsung oleh sebahagian panitia.


PANITIA PENDIDIKAN SENI



Tajuk LDP panitia P.Seni ialah, Pembelajaran Abad ke-21; Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Seni


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 


Tajuk LDP panitia Pendidikan Islam ialah Aplikasi Internet Dalam PdP Pendidikan Islam Abad ke -21



PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAN



Tajuk LDP panitia Sivik dan Kewarganegaraan ialah Pengunaan Peta Ithink dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan



PANITIA SEJARAH 


Tajuk LDP Panitia Sejarah ialah Pemerkasaan Soalan KBAT Dalam PdP Mata Pelajaran Sejarah Di Bilik Darjah Dan Cara Penandaan Yang Betul




PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

Tajuk LDP Panitia KH ialah Perkongsian RPH dan penghasilan Peta Ithink pembelajaran Abad ke-21 subjek Kemahiran Hidup



PANITIA GEOGRAFI

Tajuk LDP Panitia Geografi ialah Pemantapan Kemahiran Geografi Dan Penggunaan Peta Ithink



PANITIA SAINS 




Tajuk LDP panitia sains ialah Pembelajaran abad ke-21; Penggunaan ICT, EDUWEBTV dan KBAT dalam PdP Sains


PANITIA PJPK
Tajuk LDP panitia PJPK ialah Aplikasi Internet Dalam Membantu PdP PJPK


PANITIA MATEMATIK
Tajuk LDP Panitia Matematik ialah Pedagogi Dalam Pembelajaran Abad ke-21 



Tahniah diucapkan kepada semua panitia kerana telah berjaya menjalankan mesyuarat dan LDP dengan jayanya sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2016.


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN!

Monday, 28 December 2015

PEMILIHAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) SMKPZ 2016


SUASANA SEKITAR PEMILIHAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) SMKPZ 2016

Tarikh: 23 Disember 2015
Tempat: SMK Pendeta Za'ba
Unit terlibat : Panitia Pendidikan Islam 

Menurut sumber yang diperolehi daripada penyelaras KAA, Ustazah Hajah Rahimah bt Haji Mamat, pada tahun ini seramai 193 permohonan secara atas talian (on-line) telah diterima dan diproses. Panel yang terlibat dalam pemilihan pelajar untuk memasuki Kelas Aliran Agama di SMKPZ ialah terdiri daripada Puan Hajah Hamidah Bt burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ beserta dengan guru-guru panitia Pendidikan Islam. Keputusan pemilihan telah menyenaraikan 54 orang pelajar terpilih untuk meneruskan delegasi kecemerlangan Kelas Aliran Agama di SMKPZ bagi tahun 2016.






Tahniah kepada pelajar yang terpilih mengikuti Kelas Aliran Agama di SMKPZ untuk tahun 2016!

......Sedikit Info......

DASAR-DASAR KELAS ALIRAN AGAMA(KAA)

Kelas aliran agama ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di sekolah berasrama penuh belajar dalam kelas yang terbaik di sekolah-sekolah terpilih. Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B diperingkat UPSR juga diberi peluang untuk masuk KAA ini.

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang pelajar yang tidak dapat ke Sekolah  Berasrama Penuh belajar di kelas terbaik di sekolah-sekolah Pilihan
  2. Memberi peluang pelajar Bumiputera dari luar bandar belajar dalam kelas aliran agama di bandar dan tinggal di asrama.
  3. Membentuk pelajar terbaik di sekolah dalam bidang  akademik dan ko-kurikulum
  4. Mencatatkan keputusan cemerlang bagi PT3.
  5. Mencatatkan peratus pencapaian terbaik PT3 dan setanding dengan pelajar yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh.
  6. Membentuk sahsiah dan peribadi  pelajar cemerlang mengikut acuan Sekolah Berasrama Penuh.
  7.  Membentuk jati diri pelajar cemerlang supaya berkeyakinan dalam menganjurkan sesuatu program atau majlis peringkat sekolah


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

TAMAN SARANA PIBG SMKPZ


TAMAN SARANA PIBG SMK PENDETA ZA'BA

Tatkala melangkah masuk ke pintu gerbang SMK Pendeta Za'ba dan menuju ke arah Dewan Seri Pendeta, warga SMKPZ akan melalui sebuah taman yang sangat cantik dengan warna kolam  memukau mata dan hiasan pepohon orkid tergantung di setiap bucu bumbung bertutup jaring hitam. Pemandangan begini sungguh mendamaikan!






Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjadikan Taman SARANA PIBG memukau mata memandang. Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG SMK Pendeta Za'ba kerana menyumbang pepohon orkid pelbagai spesis

SMKPZ CERIA, MURID CEMERLANG

Thursday, 24 December 2015

KEPUTUSAN PT3 SMK PENDETA ZA'BA 2015 CEMERLANG DAN MENINGKAT

Pengumuman keputusan PT3 2015
Tarikh- 14 Disember 2015
Tempat- Dewan Seri Pendeta
Masa-10.00 pagi

Keputusan PT3 SMK Pendeta Za'ba bagi tahun 2015 telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lepas. Dua orang murid PT3 mendapat keputusan A untuk semua subjek yang diambil. Manakala Seramai 50/282 murid PT3 mendapat keputusan cemerlang 6A dan keatas. Pengumuman keputusan PT3 telah dilakukan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba pada 14 Disember 2015 bertempat di dewan seri pendeta.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru kaunselor, ketua-ketua bidang, pihak ibu bapa dan semua guru SMK Pendeta Za'ba yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun 2015 bagi memastikan program peningkatan akademik PT3 berjalan dengan lancar sekaligus melahirkan ramai pelajar cemerlang produk keluaran SMK Pendeta Za'ba. Semoga SMK Pendeta Za'ba dapat melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang PT3 pada tahun 2016!

Berikut merupakan senarai pelajar cemerlang PT3 2015 SMK Pendeta Za'ba yang memperolehi 6A keatas:

SEMUA  A
Nama Calon
KELAS
1.      ZAIDI BIN ZAMRI  (11 A)
3IS
2.      HANIS ALWANI BINTI SUPARDI (10 A)
3UA




10 A

Nama Calon
KELAS
3.      ALIA' NAJWA BINTI MOHD SHAHRERNIZAR
3IS
9 A

Nama Calon
KELAS
4.      MUHAMMAD LUQMAN BIN NOR SHAM
3IS
5.      NUR RIEZQIE ABSHA BIN ABDUL RAHMAN
3IS
6.      NURINA DAMIA BINTI RASHID
3UA
7.      SHEIKH AHMAD NAFIZ BIN SHEIKH MOHAMMED NAJIB
3UA
8.      AHMAD HUZAIFAH BIN AZMAN
3UA
9.      AINATUL MARDHIAH BINTI MOHD SHAMSUDIN
3UA


8A

Nama Calon
KELAS
10.  NURUL SA'ADAH BINTI MOHAMMAD NOR
3IS
11.  ANIS MAISARAH BINTI ZAINUDDIN
3IS
12.  ANIZ FAZLIND BINTI ANUAR
3IS
13.  MARYAM SAKINAH BINTI MUSTAFFAR
3IS
14.  NUR AQILAH SOFEA BINTI ROHAIZAM
3IS
15.  AKMAL AIMAN BIN NOOR AFFENDI
3UA
16.  KHAIRUL NIAAM BIN KHOIRUL MUBIN
3UA
17.  AZIAH NUR AZYAN BINTI AZHAR
3UA
18.  NUR ALIA NATASYA BINTI HASBULLAH
3UA
19.  NURFARAH DAYINI BINTI MUHAMMAD SININ
3UA
20.  AQMA EMYRA BINTI SHAMSUL
3AB
21.  FAREEN ARINA BINTI HARDY ADRIAN A. CHIN
3AB
22.  MUHAMMAD FAQRULLAH BIN YUSSALDI
3AB


7A

Nama Calon
KELAS
23.  IZZATUL IFFAH BINTI AHMAD SABRI
3IS
24.  NUR ASYIQIN BINTI SUHAMI
3IS
25.  NUR IRSALINA BINTI AMRAN
3IS
26.  FATINI BINTI HUSSAINI
3IS
27.  MOHAMAD HAFIDZ BIN MOHD AZARUDDIN
3UA
28.  NUR HAFIZZAH BINTI ISHAK
3UA
29.  DANIAL BIN IBRAHIM
3UA
30.  FARRAH FADHILAH BINTI MD ARIF
3UA
31.  MUHAMMAD AINNUR IMRAN BIN RUSLAN
3UA
32.  NUR EMELI DIYANA BINTI RAZALI
3UA
33.  NUR NADZIRAH BINTI IDZNIROSDIN
3UA
34.  VAITHESSWARY A/P BALASUBRAMANIAM
3UA
35.  INTAN LIYANA BINTI ITHNAIN
3AB
36.  NURHAZWANI BINTI JAMALUDIN
3AB
37.  MUHAMMAD SUFIAN BIN SUHAIMI
3B


6A

Nama Calon
KELAS
38.  NUR ALIAH ZAHIDAH BINTI MD ZAHAR
3IS
39.  JASMIN AISYAH BINTI JASMANI
3IS
40.  AMNI RADHIAH BINTI AHMAD KAMAL
3UA
41.  HAZIQ SAFWAN BIN AZIZI
3UA
42.  NURUL SUFIA BINTI ISMAIL
3UA
43.  NOORZAZAWANA BINTI NAZRI
3AB
44.  AQILAH ALYA BINTI MOHD ZAMRI
3AB
45.  BATRISYIA HUSNA BINTI MOHAMAD SAFIRUL IZMEE
3AB
46.  MAISARAH BINTI SANOSI
3AB
47.  MUHAMMAD LUQMAN BIN MAD ZAILAN
3AB
48.  MUHAMMAD ROHAIZAD BIN ROSLI
3AB
49.  NUR IZZATI BINTI RUSMAN
3AB
50.  MUHAMMAD DANISH BIN MOHD ZAKRI
3A
51.  FARAH AIMAN BINTI AHMAD ZAKI
3A
52.  SITI FATIMAWATI BINTI HASNAN KHAIRI
3B
*sumber diperolehi daripada Unit Penilaian dan Peperiksaan SMKPZ



Wajah-wajah keriangan atas kejayaan yang diperolehi!!










Mutiara kata- Untuk mencicip kemanisan perlu bermula dengan mengupas kepahitan- L.H