Jawatankuasa
Pusat Sumber/ Perpustakaan Sekolah
Tugas-tugas Guru Perpustakaan
- Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna perpustakaan.
- Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
- Menyediakan senarai buku-buku alat-alat bilik perpustakaan.
- Melantik, melatih dan menyedia pengawas perpustakaan dalam membantu mengurus perpustakaan.
- Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
- Memastikan bahawa perpustakaan diurus secara teratur dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dan guru-guru.
- Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Pengetua.
- Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan atau invois.
- Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
- Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan ‘Perpuluhan Dewey’.
- Memastikan setiap buku mengandungi dokel buku, kad buku, ‘slaid’ tulang belakang dan kad katalog sebelum digunakan.
- Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertadingan membaca dan seumpamanya.
- Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan murid-murid meminjam buku.
- Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
- Menjilid majalah-majalah.
- Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan.
- Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan.
- Mengadakan fail-fail tegak.
- Menyimpan guntingan atau keratan akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan untuk rujukan.
- Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka bergerak.
- Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti:
- Mengisikan jadual kedatangan.
- Menyusun buku-buku di rak dan para-para
- Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan
- Melengkapkan buku stok
- Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru
- Menguruskan proses hapuskira.
- Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
Sumber: Fb Bumi Pendidik
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA