Tugas-tugas
Guru Media
- Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber.
- Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
- Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS.
- Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut mata pelajaran.
- Membuat pesanan keperluan PSS melalui Pengetua.
- Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatatkan bilangan penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
- Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
- Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecurian dan kehilangan.
- Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.
- Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun.
- Menubuhkan kelab PSS.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Sumber: Fb Bumi Pendidik
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA