Guru Bertugas
Harian / Mingguan
Senarai Tugas
- Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
- Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/ tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
- Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah; jika perlu.
- Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
- Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
- Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah.
- Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
- Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
- Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
- Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
- Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah;
- pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
- lawatan-lawatan, pelawat
- ucapan/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
- kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
- laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.
- Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
- Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
- Perhimpunan- Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
sumber: Fb Bumi Pendidik
No comments:
Post a Comment
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA