Sunday 31 July 2016

PASUKAN PETANQUE (L) SMK PENDETA ZA'BA -JOHAN PERINGKAT NEGERI 2016


Tarikh: 31 Julai 2016
Tempat: Port Dickson

Pada 31 Julai 2016, Pasukan petanque SMK Pendeta Za'ba telah menyertai Pertandingan Petanque Peringkat Negeri anjuran ANGKASA. Keputusan telah memihak kepada pasukan petanque (L) SMK Pendeta Za'ba apabila telah memenangi semua perlawanan menentang sekolah lain sekaligus muncul sebagai Johan peringkat negeri dan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada pasukan petanque (L) kerana berjaya mengulangi sejarah tahun 2013.


Pasukan petanque (L) bersama guru penasihat kelab petanque SMK Pendeta Za'ba Puan Fauziah bt Ahmad dan Puan Rozita


Sesi menerima hadiah kemenangan


Pasukan petanque (L) yang akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan

Tahniah diucapkan!!

Friday 22 July 2016

PELAJAR SMK PENDETA ZA'BA MEWAKILI NEGERI SEMBILAN SUKMA DI SARAWAK DALAM PERTANDINGAN PETANQUE


PELAJAR SMK PENDETA ZA'BA MEWAKILI NEGERI SEMBILAN -SUKMA DI SARAWAK DALAM PERTANDINGAN PETANQUE

Seorang pelajar SMKPZ saudara Muhd Iman Danial telah membawa nama SMKPZ ke SUKMA 2016 yang telah berlangsung di Sarawak. Muhd Iman telah terpilih menyertai pasukan petanque Negeri sembilan dan telah berjaya mengharumkan nama Negeri sembilan melalui kutipan pingat iaitu; Pingat Perak kategori triple lelaki dan pingat gangsa kategori berpasukan lelaki. Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar SMKPZ untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.




Muhd Iman ( paling kanan) bersama pingat yang dimenangi dalam acara triple lelaki


Tahniah kepada pasukan petanque Negeri Sembilan!

Thursday 21 July 2016

PROGRAM SIMULASI HAJI SMK PENDETA ZA'BA 2016

PROGRAM SIMULASI HAJI SMK PENDETA ZA'BA 2016

Program simulasi haji untuk pelajar tingkatan 5 telah berlangsung di dataran SMK Pendeta Za'ba. Para pelajar yang terlibat begitu semangat mendengar taklimat dan melaksanakan simulasi haji mengikut turutan yang betul.





Peserta simulasi haji bergambar kenangan

Wednesday 20 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya SMKPZ 2016

Majlis Sambutan Hari Raya SMKPZ 2016

Tarikh: 20 Julai 2016
Masa: 11 tengahari
Tempat: SMK Pendeta Za;ba
(Jamuan di setiap kelas)





Semua pelajar bergaya dengan baju raya masing-masing. Perhimpunan pagi yang penuh warna warni.

Tuesday 19 July 2016

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL KOPERASI SMK PENDETA ZA'BA 2016

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN KARNIVAL KOPERASI SMK PENDETA ZA'BA

TARIKH: 30 JULAI 2016
HARI-SABTU
MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: SMK PENDETA ZA'BA


ANTARA AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL IALAH;

-JUALAN PELBAGAI JENIS MAKANAN
-PERTANDINGAN MEWARNA
-CABUTAN BERTUAH 
-DAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
-----

TERDAPAT JUGA BEBERAPA BOOTH LAIN DARIPADA KPDNKK, PRUDENTIAL BSN, MARY KAY, ONEXOX ,  GERAI JUALAN PELAJAR SMK PENDETA ZA'BA, GERAI AKSESORI WANITA DAN SEBAGAINYA...



APA TUNGGU LAGI!!!


JUMPA ANDA DI SANA!!


 #KARNIVALKOPERASISMKPZ

SMKPZ SERTAI KASTEK PERINGKAT NEGERI 2016


Tarikh: 19 Julai 2016
Tempat: SMK SRI JEMPOL

Pada 19 Julai 2016, SMK Pendeta Za'ba telah menyertai pertandingan KASTEK peringkat negeri yang diadakan di SMK Sri Jempol. Pasukan yang terlibat ialah solar car, solar boat, roket  dan Efficiecny Energy Cooking-EEC. Tujuan menyertai pertandingan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Pendeta Za'ba berkenaan situasi pertandingan KASTEK. Pengalaman seumpama ini akan mempersiapkan pelajar agar lebih bersedia untuk siri pertandingan pada tahun hadapan.


Pasukan solar boat dan solar car bersama guru penasihat Cik Khartini dan Puan Hazalila

Pasukan roket bersama guru penasihat Cik Ung Mei Lin

Pasukan EEC bersama guru penasihat En Mohd Loqmanul Hakim
#Pengalaman adalah proses pembelajaran

Friday 15 July 2016

3rd BATCH OF NIHONGGO PARTNERS - SCHOOL VISITS

3rd Batch of Nihonggo Partners – School Visits

Pada 13 Julai 2016, SMK Pendeta Za’ba telah menerima satu lawatan daripada pihak Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL). Lawatan tersebut telah diadakan kerana SMK Pendeta Za’ba telah dicalonkan untuk menerima seorang sukarelawan daripada negara Jepun pada tahun 2017. 3 orang wakil daripada JFKL telah hadir iaitu Cik Taniguchi Misako (Koordinator Program Nihonggo Partners), Cik Siti Hajar (Penolong Koordinator Program Nihonggo Partners) dan juga Cik Serizawa Yumi (Pensyarah Bahasa Jepun JFKL). 
Tujuan lawatan diadakan ialah untuk meninjau persekitaran sekolah serta kemudahan yang boleh digunakan untuk oleh sukarelawan Bahasa Jepun tersebut. Di samping itu, sesi perbincangan juga telah diadakan bersama pentadbir sekolah mengenai tempat tinggal serta kemudahan pengangkutan untuk kegunaan sukarelawan yang berkenaan.

Program Nihonggo Partners sebenarnya telah dilancarkan pada 2015 (kumpulan pertama pada 2015 dan kumpulan kedua pada 2016). Program ini disertai oleh sukarelawan Jepun yang dihantar ke sekolah-sekolah di negara-negara ASEAN untuk menyokong perkembangan Bahasa Jepun di negara-negara yang terlibat. Program ini bukan sahaja untuk menyokong perkembangan Bahasa Jepun, malah budayanya juga. Setakat ini, seramai 28 sekolah telah menyertai program ini dengan bilangan NP seramai 28 orang.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada warga SMKPZ pada tahun 2017.

Laporan oleh: Puan Asmahani bt Ahmad@Amros
Guru Subjek Bahasa Jepun SMKPZ


Sesi bergambar bersama Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba



Thursday 14 July 2016

PASUKAN BOLA SEPAK SMKPZ (B15) -NAIB JOHAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2


Tarikh: 11 Julai -14 Julai 2016
Keputusan: Pasukan SMKPZ (B15) -NAIB JOHAN

Pada 11-14 Julai, SMK Pendeta Za'ba telah menjadi pengelola untuk kejohanan bola sepak peringkat daerah seremban 2. Seramai 20 orang guru SMK Pendeta Za'ba telah menjadi urusetia dalam kejohanan ini selama 4 hari. Peringkat akhir telah menyaksikan perlawanan sengit antara pasukan bola sepak (B15) SMK Ampangan melawan pasukan bola sepak (B15) SMK Pendeta Za'ba sehingga membawa ke sepakan penalti. Akhirnya Johan telah menjadi milik SMK Ampangan dan Naib Johan SMK Pendeta Za'ba. Semoga pasukan SMK Pendeta Za'ba dapat menebus kembali gelaran Johan pada tahun hadapan. Tahniah kepada semua guru yang menjadi pengelola dan semua pasukan yang mengambil bahagian.


Sebahagian urusetia SMK Pendeta Za'ba 

Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba turut serta memberikan semangat sewaktu perlawanan akhir

Sesi penyampaian hadiah


Pasukan bola sepak (B15) SMK pendeta Za'ba bergambar bersama jurulatih pasukan En Hamsaril bin Hamdan.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Friday 1 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
DAN SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SMK PENDETA ZA'BA

1 JULAI 2016- 10 JULAI 2016