Sunday 31 January 2016

CARI DAN MUSNAH AEDES BERSAMA AJK COMBI TAMAN PAROI JAYA

CARI DAN MUSNAH  PEMANTAUAN AEDES BERSAMA AJK COMBI TAMAN PAROI JAYA

Tarikh: 31 Januari 2016
Tempat: Surau Taman Paroi Jaya Indah dan Jalan Cenderawasih
Guru pengiring: Puan Rosmawani
Peserta: Squad Patrol Denggi SMKPZ

Di penghujung bulan Januari telah berjalan satu program "cari dan musnah pemantauan aedes bersama AJK COMBI Taman Paroi Jaya". Program ini melibatkan penyertaan squad patrol denggi yang terdri daripada pelajar SMK Pendeta Za'ba. Melihat kepada kesan bahayanya pembiakkan nyamuk Aedes kepada kesihatan, maka aktiviti seumpama ini mampu memberikan kesedaran kepada pelajar dan masyarakat setempat akan pentingnya memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk Aedes

Menurut Puan Rosmawani, guru pengiring bagi program ini, antara aktiviti yang dijalankan ialah pemantauan pembiakkan nyamuk Aedes dari rumah ke rumah sekitar jalan Cenderawasih. Selain itu, latihan promoter turut dilaksanakan kepada squad patrol denggi dan sukarelawan COMBI SMK Pendeta Za'ba. 






suasana sepanjang program berlangsung



SAMA-SAMA MEMBANTERAS PENULARAN WABAK DENGGI

Saturday 30 January 2016

LADAP 1 TAHUN 2016 | TANGGUNGJAWAB PENDIDIK DALAM MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID

LADAP 1- SMK PENDETA ZA'BA 2016

Tajuk: Tanggungjawab Pendidik Dalam Membentuk Kemenjadian Murid
Tarikh: 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ
Penyelaras: Pn Sharifah Norashikin Bt Syed Loed
Unit LDP SMKPZ
Penceramah jemputan: Tuan Haji Abdul Aziz B Othman, Timbalan PPD Rembau



Tuan Haji Abdul Aziz, Timbalan PPD Rembau sedang memberikan ceramah






suasana ketika LDP berlangsung


Penyampaian cenderamata oleh Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang atas kesudian En Abdul Aziz menyampaikan ceramah di SMKPZ


Para guru bergambar kenangan dengan Tuan Penceramah

SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASSIN SMK PENDETA ZA'BA 2016


SUASANA
SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASSIN SMK PENDETA ZA'BA 2016


Tarikh:  29 Januari 2016
Masa- 7.30 pagi
Tempat- Dewan Seri Pendeta
Penyelaras- Unit Pendidikan Islam







Ustaz Nur Shahrulazemi memimpin bacaan yassin dan menjadi Imam solat hajat




Pelajar tingkatan 1 yang baru menjadi warga SMK Pendeta Za'ba kelihatan ceria. Untuk makluman, SMKPZ akan melaksanakan solat hajat perdana sebulan sekali yang biasanya jatuh pada hari Jumaat minggu keempat dan melibatkan semua guru dan pelajar beragama Islam


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Friday 29 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PENDETA ZA'BA 2016


KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PENDETA ZA'BA 2016

Tarikh: 27 Januari 2016
Tempat: SMK Pendeta Za'a
Masa: 7.30 pagi- 11 tengahari
Penyelaras: Puan Angeline A/P Veren



Kejohanan merentas desa SMK Pendeta Za'ba tahun 2016 telah berlangsung pada 27 Januari 2016 melibatkan penyertaan daripada rumah Kenyalang, Merak, Cenderawasih, Rajawali dan PPKI. Sebanyak empat kategori utama dipertandingkan iaitu Lelaki bawah 18, Lelaki bawah 15, Perempuan bawah 18 dan Perempuan bawah 15. Sepuluh peserta terbaik setiap kategori telah menerima hadiah berbentuk pingat dan sijil penyertaan. Hadiah turut disampaikan oleh Guru-guru penolong kanan dan hadiah utama disampaikan oleh Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang.Untuk Makluman, hasil pungutan mata acara merentas desa ini akan dikumpul bersama acara-acara sukan dan balapan akan datang sehingga acara kemuncak pada bulan April 2016. 

Johan keseluruhan kejohanan merentas desa SMKPZ 2016 telah dimenangi oleh rumah Cenderawasih dengan pungutan mata sebanyak 250 diikuti rumah Rajawali-217, rumah Merak-200 dan rumah Kenyalang-145 . Jika dilihat pada pungutan mata tersebut masih terlalu awal untuk membuat ramalan kemenangan memandangkan masih banyak acara sukan akan dipertandingan dan sudah pasti hasil pungutan mata akan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu usaha gigih dan strategi setiap pasukan mempersiapkan diri dalam acara seterusnya bakal menentukan kejayaan. Majulah sukan untuk SMK Pendeta Za'ba!















Pelepasan peserta di pintu pagar utama







Acara penyampaian hadiah di Dewan Seri Pendeta


Puan Hajah Hamidah, Pengetua Cemerlang telah menyampaikan piala pusingan kepada Ketua Rumah mewakili rumah Cenderawasih, En Yusri atas kemenangan sebagai juara keseluruhan merentas desa 2016

Bergambar kenangan sebelum melabuhkan tirai



















-Lensa candid-

Kejohanan merentas desa 2016 sudah melabuhkan tirai dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dan pelajar yang menjadi AJK pelaksana  bagi siri kejohanan tahun ini. 

#Menang kalah adat pertandingan, yang penting usah berhenti daripada berusaha kerana kejayaan pasti menjadi peneman mereka yang tak menyerah kalah -LH #