Friday 8 January 2016

PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK SMKPZ 2016

PEMILIHAN PASUKAN ELIT PZ FC


Tarikh- 8 Januari 2016
Tempat- Padang SMKPZ
Masa- 5.00 petang

Jurulatih pasukan bolasepak SMKPZ, En Hamsaril sedang giat membuat sesi pemilihan pasukan bolasepak bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun untuk pasukan Elit PZ FC . Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran 150 orang pelajar SMKPZ terutama sekali pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar untuk sesi pemilihan sekaligus berusaha menunjukkan "skill" terbaik masing-masing untuk terpilih dalam pasukan tersebut.



Kelihatan para pelajar begitu tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurulatih sebelum sesi pemilihan bermula..Penasihat pasukan bolasepak SMKPZ En. Abdul Karim juga turut serta memberikan sokongan sepanjang sesi pemilihan.


Moga dengan tertubuhnya pasukan Elit PZ FC dibawah jurulatih berpengalaman, En Hamsaril dan juga barisan guru penasihat bolasepak akan meningkatkan lagi semangat pasukan bolasepak SMKPZ untuk terus mara dan menyumbangkan kejayaan buat pasukan dan sekaligus menaikkan nama sekolah.

Majulah bolasepak untuk SMKPZ! 

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA