Wednesday 6 January 2016

PENUBUHAN KELAB TEATER SMK PENDETA ZA'BA

INFO PENUBUHAN KELAB TEATER SMKPZ

Pada tahun lepas, Pn Nor Hayati Bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum SMKPZ telah mengumumkan penubuhan satu kelab baru di SMKPZ iaitu kelab teater. Pada 6 Januari 2016, secara rasminya kelab ini telah melakukan perjumpaan dan pemilihan ahli jawatankuasa yang pertama. Tiga orang guru penasihat yang dilantik ialah Puan Azizah, Puan Izni dan En Loqman yang akan berusaha untuk mengetengahkan bakat terpendam ahli kelab ini sekaligus melahirkan lebih ramai murid SMKPZ yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi untuk membuat pelbagai persembahan dihadapan khalayak ramai. Banyak aktiviti yang dirancang oleh kelab teater antaranya kursus asas vokal, edisi mengcungkil bakat-puisi dan lagu, puisidra, pentomen,sajak, lakonan dan lawatan ke Aswara. 


Aktiviti pemilihan jawatankuasa dan 'ice-breaking" yang mengkehendaki pelajar memperkenalkan diri dengan cabaran suara dari perut dan suara sengau

Guru-guru penasihat dan ahli kelab bergambar kenangan sebagai tanda penubuhan kelab secara rasmi pada 6 Januari 2016.


"Pengalaman zaman persekolahan cukup pahit untuk ditinggalkan dan cukup manis untuk dikenang - L.H"

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA