Tuesday, 31 January 2017

PERTANDINGAN PEMBINAAN BBM SMK PENDETA ZA'BA 2017

PERTANDINGAN PEMBINAAN BBM 
SMK PENDETA ZA'BA
2017

A-SYARAT UMUM
1-Setiap panitia perlu menghantar 2 penyertaan (satu menengah atas dan satu menengah rendah)
2-Boleh memilih samada BBM dalam bentuk Microsoft Power Point ataupun Model 3D
3-Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April 2017
4-Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Haslina, Penyelaras Unit BBM.
5-Hadiah dan sijil pemenang akan disampaikan pada Majlis penutup Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah anjuran Pusat Sumber SMKPZ.



B. KRITERIA DAN PEMARKAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR


1 -‘MICROSOFT POWER POINT’


A  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (20%)
  • -          Mencapai objektif yang disarankan
  • -          Sesuai dengan tahap pelajar
  • -          Berguna kepada pelajar
  • -          Membantu peningkatan P&P


B  MUDAH DIGUNA (25%)
  • -          Mempunyai arahan jelas
  • -          Bebas mencari maklumat yang luas
  • -           Perjalanan persembahan senang diikuti


C  BAHASA (25%)
  • -          Pengistilahan yang tepat
  • -          Ejaan perkataan betul
  • -          Tatabahasa yang betul


D  CIRI-CIRI MULTIMEDIA (10%)
  • -          Integrasi teks sesuai dan bermaklumat
  • -          Integrasi grafik sesuai dan menarik


G  AUDIO (20%)
  • -           Muzik sesuai dan menarik
  • -          Kesan bunyi sesuai


F  REKA BENTUK SKRIN (30%)
-          Penggunaan pelbagai kesan transisi dan bunyi
-           
E   REKA BENTUK PENGAJARAN (20%)
  • -          Ada maklum balas
  • -          Ada hala tuju maklumat
  • -          Dapat membangun dan mengekalkan  minat


H  BUTANG NAVIGASI (20%)
  • -          Kedudukan butang konsisten
  • -          Mudah dikenalpasti fungsinya


I   ANIMASI DAN VIDEO (10%)
       -    intergrasi animasi dan video  sesuai dan menarik

J   LATIHAN (20%)
  • -          Berkaitan dengan isi kandungan
  • -          Berunsur kemahiran berfikir




2. PEMBINAAN BBM MODEL 3D


KRITERIA

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastersin dan getah. 

Beberapa pecahan jenis model:

(i) Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(ii) Model Olok-olok
Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.
Contoh: model enjin keretapi dan neraca

(iii) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains,
Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

PERMARKAHAN



A  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (20%)
  • -          Mencapai objektif yang disarankan
  • -          Sesuai dengan tahap pelajar
  • -          Berguna kepada pelajar
  • -          Membantu peningkatan P&P


B  MUDAH DIGUNA (20%)
  • -          Mempunyai arahan jelas
  • -          Bebas mencari maklumat yang luas
  • -          Mudah dibawa kemana-mana


C  PENERANGAN MODEL  (20%)
  • -          Pengistilahan yang tepat
  • -          Ejaan perkataan betul


D  CIRI-CIRI MODEL  (20%)
  • -          Integrasi teks sesuai dan bermaklumat
  • -          Integrasi grafik sesuai dan menarik


E   REKA BENTUK PENGAJARAN (10%)
  • -          Ada maklum balas
  • -          Ada hala tuju maklumat
  • -          Dapat membangun dan mengekalkan  minat


F   LATIHAN (10%)
  • -          Berkaitan dengan isi kandungan
  • -          Berunsur kemahiran berfikir


Gambar sekadar contoh

PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN (U18) SMKPZ NAIB JOHAN DAERAH SEREMBAN 2


PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN (U18) SMKPZ NAIB JOHAN DAERAH SEREMBAN 2

Guru pengiring:
 En Mohd Najib Bin Nijar, En Sharizal B Shaari, Puan Masitah Bt Ismail dan Puan Norizah Bt Mat Sallan

Keputusan:
Perempuan (U18) - Naib Johan
Lelaki (U18) - Ke-3
Lelaki (U15) -Ke-3






Tahniah kepada pasukan bola tampar yang menunjukkan saingan sengit sepanjang pertandingan berlangsung.. Semoga dapat merampas gelaran juara pada tahun hadapan!


video

Saksikan video sepanjang pertandingan yang disediakan oleh Ustazah Masitah Bt Ismail..

"Ke arah kecemerlangan insan"

Sunday, 29 January 2017

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN | BPP SMKPZ

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN 
BADAN PEMIMPIN PELAJAR SMK PENDETA  ZA'BA 2017

Tarikh: 23 Jan 2017
Masa: 2.30- 6.30 ptg
Peserta : 60 Orang pengawas SMKPZ
Penyelaras: En Sharizal B Shaari











Penyelaras Program, En Sharizal menyampaikan cenderamata kepada penceramah, Ustzh Masitah

"Ke arah kecemerlangan insan"



Saturday, 28 January 2017

MESYUARAT AGUNG PENGAWAS PSS SMKPZ TAHUN 2017


MESYUARAT AGUNG PENGAWAS PSS SMKPZ TAHUN 2017
Tarikh: 13 Jan 2017
Masa: 2.40- 3.40 petang
Tempat: Pusat sumber SMKPZ

Objektif :
1. Mengesahkan pelantikan Pengawas PSS lama dan baharu
2. Pembentukan Organisasi Pengawas PSS bagi tahun 2017
3. Pembahagian tugas Pengawas PSS 2017
4. Pembentangan aktiviti dan program PSS 2017


En Loqman, GPM sedang mempengerusikan mesyuarat









proses mengundi dilakukan

Muhd Fitri dilantik sebagai Ketua pengawas PSS 2017


Pada tahun 2017 pengawas PSS hanyalah seramai 60 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 hingga 5..



"Ke arah pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21"

Wednesday, 25 January 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM SMKPZ 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM SMKPZ 2017

Tarikh: 25 Januari 2017
Masa: 7.30 pg
Tempat : Dewan Seri Pendeta
Penyelaras: Puan Rose Aida












Perasmian disempurnakan oleh En Abdul Hadi Bin Mohd Yusof, GPK Pentadbiran SMKPZ
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu NILAM 


-SMKPZ-
"Ke arah pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21"

SEKITAR KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH SEREMBAN 2

SEKITAR KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH SEREMBAN 2

Tarikh: 24&25/01/2017
Tempat: centre court. 
Peserta: 24 org











Sunday, 22 January 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKPZ 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKPZ 2017

Tarikh: 18 Januari 2017
Masa: 7.30- 11.00
Majlis penutup: Dewan seri pendeta











Tahniah rumah biru Johan merentas desa 2017 yang merampas gelaran daripada rumah kuning (Johan 2016)


*Lebih banyak gambar merentas desa akan menyusul