Thursday 25 August 2016

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK PENDETA ZA'BA 2016


TAJUK:SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK PENDETA ZA'BA 2016
TARIKH: 22 Ogos 2016
MASA:8.00 pagi - 10.00 pagi
PENYELARAS: Puan Hajah Azizah Bt Jamali

Pada 22 Ogos 2016, telah diadakan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SMK Pendeta Za'ba. Sebagai simbolik pelancaran bulan kemerdekaan, Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ telah melepaskan burung merbok. Program diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan yang menarik daripada para pelajar seperti nyanyian lagu dan puisi gabungan pelajar kelab teater dan 2 orang pelajar yang berbakat, lagu bahtera merdeka dan persembahan khas lagu warisan daripada pelajar PPKI, persembahan sajak daripada 3 orang pelajar dengan tajuk hujan merdeka. Program disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan kemerdekaan.



 Ucapan perasmian kemerdekaan dan simbolik perasmian
persembahan pelajar



acara memotong kek dan nyanyian lagu patriotik beramai-ramai

Tayangan montaj khas yang disediakan oleh pelajar 




Sesi bergambar beramai-ramai


 #SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN 

Monday 15 August 2016

SIMPOSIUM GURU PENASIHAT KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016


SIMPOSIUM GURU PENASIHAT KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KALI KETIGA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 

TARIKH : 12 HINGGA 1 4OGOS 2016
 TEMPAT :D’ HOTEL SERI ISKANDAR, BANDAR SERI ISKANDAR, PERAK 
PANEL PEMBENTANG: PUAN NORAINI BT ABDUL RAHIM 
SMK PENDETA ZA’BA



Panel pembentang daripada SMK Pendeta Za'ba, Puan Noraini bt Abdul Rahim sedang membuat pembentangan





Tahniah kepada Kelab Doktor Muda SMK Pendeta Za'ba!!

Thursday 4 August 2016

KEMERIAHAN KARNIVAL KOPERASI SMK PENDETA ZA'BA 2016


Karnival Koperasi SMK Pendeta Za'ba 2016 Meriah

Tarikh: 31 Julai 2016
Tempat: Dataran SMK Pendeta Za'ba
Penyelaras program: Puan Nor Wahidah Jalil

Pada 31 Julai 2016, telah berlangsung Karnival koperasi SMK Pendeta za'ba yang melibatkan pelbagai jenis jualan makanan dan minuman daripada semua kelab yang terdapat di SMK Pendeta Za'ba. Melalui program seumpama ini para pelajar akan memperolehi pengalaman dalam bidang keusahawanan.Selain itu, beberapa booth jualan lain turut menjual pelbagai jenis barangan seperti jualan buku, aksesori wanita, alat kecantikan dan pameran motor berkuasa tinggi.
Karnival koperasi SMK Pendeta Za'ba telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua cemerlang SMKPZ. Ibu bapa dan pelajar ramai yang hadir mengunjungi gerai-gerai yang dibuka dan menghabiskan kupon masing-masing. Sesi cabutan bertuah turut berjalan dengan lancar dengan hadiah utama berupa sebuah basikal disamping hadiah-hadiah lain seperti microwave, hamper dan produk elektronik.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Hamidah, Pengetua cemerlang SMKPZ

Penyelaras program Puan Nor wahidah  bersama pengetua cemerlang dan Wakil akhbar Berita harian.







Pertunjukan motor berkuasa tinggi

jualan pelbagai jenis makanan dan minuman

booth kecantikkan


jualan buku


booth aksesori wanita




sesi cabutan bertuah

pertandingan mewarna kanak-kanak



Pengerusi majlis, En Shahrizal sedang memanggil nama yang berjaya dalam cabutan bertuah
Mini Wayang




Tahniah diucapkan atas penganjuran program yang memberikan impak tinggi kepada SMKPZ ini serta syabas kepada semua guru serta ahli-ahli kelab yang berjaya membuat jualan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Ke arah kecemerlangan insan!