Friday 28 April 2017

SAMBUTAN HARI GURU SMK PENDETA ZA'BA 2017


SAMBUTAN HARI GURU
SMK PENDETA ZA'BA

TARIKH: 26 MEI 2017
TEMPAT:DEWAN SERI PENDETA
ANJURAN: KELAB KEBAJIKAN STAF SMKPZ 2017
PENYELARAS: EN SHARIZAL BIN SHAARI






























*Lebih banyak gambar akan menyusul

KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Thursday 27 April 2017

SMK PENDETA ZA'BA NAIB JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017

 SMK PENDETA ZA'BA NAIB JOHAN 
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH 
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017

Tahniah diucapkan kepada Unit Pusat Sumber SMK Pendeta Za'ba, barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah kerana berjaya mencipta sejarah apabila Pusat Sumber Sekolah telah berjaya melepasi saringan peringkat PKG Ampangan, daerah dan bertanding di peringkat negeri. Satu kejayan yang tak dijangka apabila muncul Naib Johan peringkat Negeri Sembilan kerana ini merupakan kali pertama SMK Pendeta Za'ba melayakkan diri ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang turut bersaing di peringkat negeri untuk edisi 2017. Semoga penambahbaikan akan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa seterusnya mampu mewujudkan suasana yang kondusif untuk kemenjadian pelajar di SMK Pendeta Za'ba.

 Bersama pegawai PKG Ampangan, Puan Norlida dan GPM SK Ampangan yang turut mewakili daerah ke peringkat negeri

 Bersama GPK HEM, Tn Haji Roslan yang mewakili Pengetua 

Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman Bersama sijil dan cenderamata yang dimenangi



Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk lebih berjaya pada masa akan datang

"KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE -21"

Monday 24 April 2017

SELAMAT BERPINDAH GPK KOKURIKULUM DAN GPK PPKI SMK PENDETA ZA'BA

Dua orang pentadbir SMK Pendeta Za'ba iaitu Pn Nor Hayati Bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum dan Pn Hasmah Bt Abu Bakar, GPK PPKI telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke sekolah lain. Warga SMK Pendeta Za'ba telah kehilangan dua orang pentadbir yang sangat komited dengan tugas mereka. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berkhidmat di tempat baru. 

GPK Koku akan berpindah ke SMK Seremban  2

GPK PPKI berpindah ke SMK Panchor


Terima kasih atas segala budi dan jasa

Sunday 23 April 2017

PASUKAN PETANQUE LELAKI SMK PENDETA ZA'BA JOHAN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2017

PASUKAN PETANQUE LELAKI SMK PENDETA ZA'BA JOHAN PERTANDINGAN PETANQUE ANGKASA  PERINGKAT NEGERI, 
NEGERI SEMBILAN TAHUN 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan petanque (L) SMK Pendeta Za'ba kerana berjaya mengulangi sejarah 2016 apabila muncul juara pertandingan petanque Angkasa tahun 2017 peringkat Negeri Sembilan. Ketua guru penasihat petanque(L), Puan Fauziah bersama pasukan ini akan ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada bulan Ogos di Pulau Pinang. Kesungguhan pasukan ini yang sering membuat latihan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi telah membuahkan hasil dengan membawa pulang piala pusingan ke SMK Pendeta Za'ba.








Aksi pasukan petanque lelaki PZ sewaktu peringkat saringan dan suku akhir


Perlawanan separuh akhir antara pasukan PZ dan TTJ




Perlawanan akhir berlangsung pada sebelah malam menguji  kedua-dua pasukan




Guru penasihat petanque Pn Fauziah, Pn Rozita dan En Loqman sedang menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Pendeta Za'ba dan SMK serting Hilir Kompleks





sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang

Tahniah diucapkan kepada pasukan petanque lelaki . Semoga berjaya dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadulakan pada bulan Ogos di Pulau Pinang!

"Ke arah kecemerlangan insan"

Saturday 15 April 2017

CERAMAH ISRAK MIKRAJ SMK PENDETA ZA'BA 2017

PENCERAMAH :USTAZ SHIROZI BIN HASYIM, PENSYARAH IPGRM
TEMPAT: DEWAN SERI PENDETA
ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM




"KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN"