PZ EXPRESS



PZ EXPRESS
(INOVASI PSS SMK PENDETA ZA'BA)


Pusat sumber sekolah merupakan nadi penggerak kepada program di sekolah. Pusat Sumber juga memainkan peranan sebagai tempat mengumpul dan mengedarkan pelbagai bahan cetak serta bukan cetak. Kadar pinjaman buku dalam kalangan guru masih di tahap sedehana kerana majoriti guru  mempunyai kekangan masa untuk memilih buku dan meminjam buku di kaunter PSS. Hasil daripada pemerhatian, guru-guru terkejar-kejar untuk ke kelas dan mengunjungi PSS. Oleh itu, unit Pusat Sumber mengambil inisiatif memperkenalkan kaedah pinjaman buku yang lebih efektif untuk guru-guru yang dinamakan sebagai PZ Express. Melalui sistem ini, guru-guru hanya perlu memilih buku dalam senarai atas talian kemudian buku yang dipilih akan dihantar terus kepada guru melalui bantuan pegawas PSS. Dengan  kaedah ini akan dapat menjimatkan masa dan sekaligus meningkatkan kadar pinjaman buku mengikut enrolmen guru. Bagi menyebarluas budaya membaca di SMKPZ, program PZ Express bukan sahaja untuk guru tetapi  turut dilaksanakan untuk ibu bapa, komuniti, pengawal keselamatan sekolah, pekerja pembersihan sekolah dan kerani menggunakan konsep tempahan buku atas talian. Manakala program di bawah PZ Express untuk meningkatkan pinjaman pelajar dinamakan sebagai program ”Story box” iaitu sistem pinjaman pukal untuk setiap kelas menggunakan kotak buku yang akan diletakkan selama tiga minggu di setiap kelas. Kaedah ini akan meningkatkan kadar pinjaman pelajar mengikut enrolmen.



OBJEKTIF PROGRAM                

  • Membudayakan amalan membaca dalam kalangan guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti
  • Meningkatkan peratus pinjaman buku pelajar dan guru mengikut enrolmen
  • Mewujudkan program inovasi yang berkesan dan efektif



AHLI JAWATANKUASA

Penasihat                : Puan Ramona Bt Rosli  (Pengetua)
Pengerusi                : En Abdul Hadi Bin Mohd Yusof (GPK  Pentadbiran)
Setiausaha               :En Mohd Loqmanul Hakim (Kawalan sistem PZ-Express- Guru)
                                   
AJK                             
1.      Pn Asmahani Bt Ahmad@Amros (Kawalan Sistem penghantaran)
2.      Pn Siti Nor Firdaus Bt Hamdan (Kawalan sistem Pz express- Komuniti)
3.      Pn Nor Filzah Bt Ibrahim (Kawalan sistem Pz express- Ibu bapa)
4.      Semua pengawas PSS SMKPZ (Penghantaran)



PROSES CARTA ALIR PROGRAM PZ EXPRESS SMK PENDETA ZA’BA











FEEDBACK DARIPADA SEKOLAH LAIN (SEBARLUAS INOVASI)


"KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE-21"



No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA