Showing posts with label KEJAYAAN 2018. Show all posts
Showing posts with label KEJAYAAN 2018. Show all posts

Monday, 22 October 2018

SMKPZ NAIB JOHAN PACIK CAKLEMPONG DAN PERSEMBAHAN CAKLEMPONG TERBAIK PERINGKAT NEGERI

SMKPZ NAIB JOHAN PACIK CAKLEMPONG DAN PERSEMBAHAN CAKLEMPONG TERBAIK PERINGKAT NEGERI SEMPENA FIESTA KEBUDAYAAN 2018

Tarikh:11 Oktober 2018
Tempat: SMK Jelai, Kuala Pilah









Tahniah diucapkan!

"Ke Arah Kecemerlangan Insan"


Thursday, 18 October 2018

SMK PENDETA ZA'BA JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

SMK PENDETA ZA'BA JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

16 Oktober 2018- SMK Pendeta Za'ba telah melakar sejarah apabila muncul sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (Kategori sekolah menengah) peringkat Kebangsaan tahun 2018. Anugerah tersebut telah disampaikan dalam Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee B Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kejayaan yang cemerlang ini adalah hasil usaha semua warga SMKPZ di bawah pentadbiran pengetua yang berwibawa, Pn Ramona Bt Rosli dan komitmen guru-guru, PIBG, para pelajar serta kerjasama yang padu dengan PKG Ampangan serta pegawai BTPNNS.

Kemenjadian pelajar dan inovasi PSS merupakan aspek yang ditekankan oleh SMKPZ sewaktu menyertai APSSK 2018. Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman bersama guru-guru PSS akan memastikan SMKPZ akan terus cemerlang dalam pengurusan Pusat Sumber agar lebih banyak kejayaan dapat dicapai pada masa akan datang untuk memberikan impak kepada warga sekolah. Semoga Pusat Sumber SMKPZ terus maju menuju ke arah Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21! Tahniah dan syabas diucapkan.

Guru-guru pusat sumber dan pentadbir bergambar bersama Pengarah JPNNS, Tn Pkharuddin B Hj Ghazali.





Bersama para pegawai PKG Ampangan dan BTPNNS


Anugerah telah disampaikan oleh YB Dr Maszlee B Malik, Menteri Pendidikan Malaysia kepada Pengetua SMKPZ, Pn Ramona Bt Rosli.

Guru Perpustakaan dan Media, En Loqman bersama mock cek kemenangan


"ke Arah Kecemerlangan Insan"

Saturday, 14 July 2018

SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN CAKLEMPONG DAN PACEK PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2018

SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN CAKLEMPONG DAN PACEK PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2018

Tarikh: 12 Julai 2018
Penyertaan: Pelajar kelab kebudayaan SMKPZ
Pencapaian: Johan (Akan bertanding peringkat negeri pada Ogos 2018)









"KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN"

Monday, 9 July 2018

SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO MINUS ONE DAERAH SEREMBAN 2

SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO MINUS ONE DAERAH SEREMBAN 2

 Tarikh: 10 Julai 2018
Tempat: Kipmart Senawang
Guru pengiring: Pn Airuzmi Bt Ibrahim 

Tahniah kepada saudara Izzudin yang mewakili SMKPZ dalam pertandingan nyanyian solo minus one sempena karnival muzik dan kesenian peringkat daerah seremban 2 kerana berjaya menjadi Johan dan akan bertandingan peringkat negeri pada bulan Ogos nanti.


"Ke arah kecemerlangan insan"