Showing posts with label KEJAYAAN 2017. Show all posts
Showing posts with label KEJAYAAN 2017. Show all posts

Saturday, 21 October 2017

PASUKAN PENGAWAS PSS SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

PASUKAN PENGAWAS PSS SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan pengawas Pusat Sumber SMK Pendeta Za'ba yang terdiri daripada saudara Hafiz, Ammar, Haikal, Cahaya dan guru penasihat, En Loqman (Guru Perpustakaan dan Media)  kerana produk inovasi mereka telah berjaya menambat hati juri dan merangkul Anugerah Emas sempena sambutan Hari Alam Sekitar peringkat Kebangsaan  pada 21 Oktober 2017 bertempat di D'tempat Country club bandar sri sendayan Negeri Sembilan. 

Produk inovasi yang dihasilkan diberi nama "Sock-it" ialah tempat penyimpanan stokin sistematik yang diperbuat daripada bahan kitar semula untuk golongan pelajar sekolah. Ramai pelajar yang tidak mempunyai tempat penyimpanan stokin di rumah sehingga menyebabkan mereka sering memakai stokin sama yang berbau ke sekolah. Masalah timbul apabila pelajar tersebut memasuki perpustakaan dan bau stokin tersebut menganggu pelajar lain. Oleh itu, melalui projek inovasi "Sock-it" ini, pengawas PSS SMKPZ dapat mendidik pelajar bermula dari rumah supaya mengamalkan kebersihan dan sentiasa memakai stokin yang tidak berbau ke sekolah.















"KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN"

Saturday, 30 September 2017

PASUKAN KOMPANG SMKPZ MERAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI PERINGKAT NEGERI

Setelah berjaya muncul Johan peringkat daerah Seremban 2, pasukan kompang SMKPZ berjaya meraih Naib Johan pertandingan kompang formasi peringkat Negeri. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring, jurulatih dan pasukan kompang yang gigih berlatih untuk melayakkan pasukan bertanding di peringkat Negeri.




KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Wednesday, 27 September 2017

GURU SAINS SMKPZ -JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF PDP DAERAH SEREMBAN TAHUN 2017

GURU SAINS SMKPZ -JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF PDP DAERAH SEREMBAN TAHUN 2017

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif PdP daerah seremban telah berlangsung pada 19 September 2017 bertempat di SK Seremban Jaya 2. Wakil guru SMKPZ, En Loqman telah menjadi Johan dan akan bertanding di peringkat Negeri pada 26 Oktober bertempat di wisma Negeri. 






KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Tuesday, 19 September 2017

PASUKAN FUTSAL SMKPZ MENDAPAT TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN 1M1S


Pasukan futsal SMKPZ berjaya meraih tempat ke-3 pertandingan futsal 1M1S bertempat di Kompleks belia dan sukan. Tahniah diucapkan!







Thursday, 17 August 2017

SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2017

SMKPZ JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK DAERAH SEREMBAN TAHUN 2017

Tarikh: 17 Ogos 2017
Pengelola: SMK (FELDA) Seri Sendayan


 Para pelajar SMKPZ serta guru pengiring Puan Rozita dan Puan Zulaienah bersama sijil dan hadiah yang dimenangi




 Menu yang menyelerakan 



TAHNIAH DIUCAPKAN!

"KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN"

SMKPZ JOHAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI

SMKPZ JOHAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI

Tarikh: 16 Ogos 2017
Anjuran: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Tajuk sajak: Kita Masih Berperang



Saudara Izudin dan Ammar bersama hadiah yang dimenangi

bersama guru pengiring, En Azmi

TAHNIAH DIUCAPKAN!

Friday, 14 July 2017

WAKIL SMKPZ MERAIH JOHAN DAN TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN TENIS PERINGKAT NEGERI

Tahniah diucapkan kepada pelajar SMKPZ yang menyertai pertandingan tenis peringkat Negeri bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 11 hingga 13 Julai 2017. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

Lelaki bawah 15 - Johan 
Perempuan bawah 15 - Tempat ke-3

Semoga berjaya kepada Muhammad Shahputra Khairur Raziqin yang akan mewakili Negeri sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor Bharu.






KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Friday, 30 June 2017

KEJAYAAN PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT SMKPZ 2017

Sehingga bulan Julai 2017, pasukan kadet bomba SMKPZ terus menyerlah dalam beberapa siri pertandingan yang telah disertai. Antara kejayaan yang diperolehi ialah:

Peringkat daerah Seremban 2
Tempat: SMK Bukit Mewah
Tarikh: 30 Mac 2017
Keputusan;
Johan pertandingan Hos Basah (L)
Ke-3 pertandingan Hos basah (P)
Ke-3 pertandingan pertolongan cemas
-----------------------
Perkhemahan peringkat Negeri bertempat di Rantau
Tarikh: 19-20 April
3 orang kadet bomba SMKPZ terpilih di peringkat Negeri
--------------------
Perkhemahan Peringkat Kebangsaan bertempat di Negeri Sembilan
Tarikh: 17- 20 Mei
2 orang kadet bomba SMKPZ mewakili Negeri Sembilan 
Keputusan:
Wan Muhammad Aliff B Rosdi (Menang 3 acara)
Muhammad Raziq B Roslan (Menang 5 acara)




Gambar pertandingan peringkat daerah Seremban 2

Saudara Aliff dan Raziq menerima sijil peringkat kebangsaan
Peringkat kebangsaan bertempat di Rantau Eco Park 



Guru-guru penasihat kadet bomba dan penyelamat bergambar bersama pelajar yang telah berjaya memenangi acara

Jamuan makan meraikan kemenangan


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

Wednesday, 31 May 2017

SMKPZ MENYERLAH DALAM PERTANDINGAN KEMAHIRAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM DAERAH SEREMBAN



 Pertandingan Kemahiran Kadet Sekolah Pertahanan Awam Daerah Seremban
Tarikh: 8-9 Mei 2017 
Tempat: Pusat Latihan Jabatan Pertahanan Awam N.Sembilan


Keputusan pertandingan:
JOHAN Kemahiran melawan kebakaran putera
JOHAN pertolongan cemas puteri
TEMPAT KE-3 pertolongan cemas putera
PENYERTAAN melawan kebakaran puteri











Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru pengiring dan peserta 

"Ke arah kecemerlangan insan"