Thursday 4 August 2016

KEMERIAHAN KARNIVAL KOPERASI SMK PENDETA ZA'BA 2016


Karnival Koperasi SMK Pendeta Za'ba 2016 Meriah

Tarikh: 31 Julai 2016
Tempat: Dataran SMK Pendeta Za'ba
Penyelaras program: Puan Nor Wahidah Jalil

Pada 31 Julai 2016, telah berlangsung Karnival koperasi SMK Pendeta za'ba yang melibatkan pelbagai jenis jualan makanan dan minuman daripada semua kelab yang terdapat di SMK Pendeta Za'ba. Melalui program seumpama ini para pelajar akan memperolehi pengalaman dalam bidang keusahawanan.Selain itu, beberapa booth jualan lain turut menjual pelbagai jenis barangan seperti jualan buku, aksesori wanita, alat kecantikan dan pameran motor berkuasa tinggi.
Karnival koperasi SMK Pendeta Za'ba telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua cemerlang SMKPZ. Ibu bapa dan pelajar ramai yang hadir mengunjungi gerai-gerai yang dibuka dan menghabiskan kupon masing-masing. Sesi cabutan bertuah turut berjalan dengan lancar dengan hadiah utama berupa sebuah basikal disamping hadiah-hadiah lain seperti microwave, hamper dan produk elektronik.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Hamidah, Pengetua cemerlang SMKPZ

Penyelaras program Puan Nor wahidah  bersama pengetua cemerlang dan Wakil akhbar Berita harian.







Pertunjukan motor berkuasa tinggi

jualan pelbagai jenis makanan dan minuman

booth kecantikkan


jualan buku


booth aksesori wanita




sesi cabutan bertuah

pertandingan mewarna kanak-kanak



Pengerusi majlis, En Shahrizal sedang memanggil nama yang berjaya dalam cabutan bertuah
Mini Wayang




Tahniah diucapkan atas penganjuran program yang memberikan impak tinggi kepada SMKPZ ini serta syabas kepada semua guru serta ahli-ahli kelab yang berjaya membuat jualan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Ke arah kecemerlangan insan!

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA