Sunday 24 January 2016

MAJLIS PERSARAAN CIKGU SEBASTIAN


Majlis persaraan En Sebastian
Tarikh : 22 Januari 2016
Masa: 10 pagi- 12.30 tgh
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Anjuran: Kelab Guru dan Staf SMKPZ 

Pada 22 Januari, telah berlangsung Majlis persaraan Cikgu Sebastian yang merupakan guru subjek Reka Tanda dan Pendidikan Seni Visual di SMKPZ. Beliau telah berkhidmat di SMKPZ selama 22 tahun bermula tahun 1994 sehingga 2016. Banyak sumbangan dan khidmat beliau kepada sekolah antaranya ialah beliau merupakan pencipta lencana SMKPZ yang menjadi kebanggaan dan identiti sekolah sehingga kini.Turut hadir sewaktu majlis ialah bekas anak-anak murid beliau yang telah berjaya dalam bidang masing-masing yang turut serta dalam majlis penyampaian cenderamata. 

Memetik ucapan daripada Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah Bt Burok sempena meraikan majlis persaraan Cikgu Sebatian;
"yang patah tumbuh hilang berganti, tapi mana nak sama dengan cikgu Sebastian seorang"














SELAMAT BERSARA BUAT CIKGU SEBASTIAN, JASAMU SEBAGAI PENDIDIK KAN DIKENANG SEPANJANG ZAMAN

NOSTALGIA 1994-2016
BERKHIDMAT DI SMK PENDETA ZA'BA




Biodata En Sebastian

Nama : Sebastian a/l Ammiatham
Tarikh Lahir : 24.01.1956
Nama Bapa : Ammiatham s/o Ponnusamy
Nama Ibu : Mariasundaram a/p Doraisamy
Tempat Lahir : Seremban , Negeri Sembilan
Bilangan Adik beradik : 4 orang ( 3 perempuan, 1 lelaki )
Nama Isteri : Agnes Ammal a/l Thasan
Bilangan Cahaya Mata : 3 orang ( 1 perempuan, 2 lelaki )
Hobi : Membaca, Menghasilkan Karya Catan Minyak,Melukis grafik dan kerja-kerja pertukangan kayu

LatarbelakangPendidikan  : Sekolah Rendah St.Paul Seremban
                               Sekolah Menengah St.Paul Seremban
                               Sekolah Menengah Chan Wa Seremban

1977 – 1978           Maktab Perguruan Mohd. Khalid Johor Bahru
                               (Pengajian Inggeris & Pendidikan Seni)

1986                    Maktab Perguruan Ilmu Khas , Cheras
                               (Kursus Guru Khas Pendidikan Seni)

1987 – 1991         Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
              (B.A. Seni Halus) Major : Seni Halus, Minor : Seni Lakon

2001                  Kursus Orientasi MPV – Seni Reka Tanda


Sekolah-sekolah yang di ajar :
                               SM Mahmud, Raub Pahang (1979-1983)
                               SMK Seri Sendayan ,Seremban(1984-1985)
                               SMK Dato Mansur Bahau(1991-1994)
                               SMK Pendeta Za’ba Seremban(1994 –2016)

Anugerah yang pernah diterima
Anugerah mencipta logo syarikat minyak kelapa sawit di Raub (1980)
Anugerah mencipta logo Sek. Men. Keb. Seri Sendayan (1985)
Anugerah mencipta logo SMK Pendeta Za’ba (1995)
Mencipta logo Ulang Tahun Ke 100 St.Paul (        )
Karya Cat Minyak ‘Rumah Tradisional’sebagai logo dalam banner Pameran Seni Di Melaka
Naib Johan Dalam Kontemprori Art Festival (2014)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang -1998
Anugerah Perkhimatan Cemerlang -2008
Ketua Pentaksir Negeri MPV-SRT
Penolong Setiausaha Persatuan Pelukis Negeri Sembilan


Karya-karya awal di pameran semasa lawatan Menteri Kewangan Tun Tan Siew Seng di SMK Chan Wa pada tahun 1974..Media yang digunakan pada hasil karya pada masa itu adalah cat air yang bertemakan pemandangan dan figura beraksi.. Lukisan cat minyak dan arca  plaster of Paris mula di hasilkan  setelah mengikuti latihan perguruan dalam pengkhususan Seni, Guru Khas Pendidikan Seni  dan dalam bidang Seni Halus

Karya-karya:
The Rat Race(ArcaAbsrak) – Plaster Of Paris 1978. MPMK, JB
A Gift Of Hope (CatanAbstrak) Oil on Hardboard 1978 2’x3’
Converged Series1,11,111(CatanAbsrak)  Oil on Canvas 
Flight Series 1, 11 (CatanAbstak) Oil on Canvas 1986
Provoked (Arca Paper Mache) 1986 MPIK
Rthym (Still Life ) Oil on Canvas 1986  2’x 3’MPIK
The Wedding ( Arca) – Plaster Of Paris 1991USM
Form And Space (Arca) – Plaster Of Paris 1990USM
The Ideal Chair (Arca Kayu ) – 1990USM
Rumah Tradisional ( Cat Minyak
Caklempong (Cat Minyak)




***Lebih banyak gambar akan menyusul

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA