Friday 29 January 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PSS KALI PERTAMA 2016


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PSS KALI PERTAMA 2016

Tarikh: 28 Januari 2016
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Gerakkan SMK Pendeta Za'ba

Pada 28 Januari 2016, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa kerja PSS kali pertama 2016. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan gerak kerja Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2016 dan membincangkan segala hal berbangkit merujuk minit mesyuarat yang lalu. 

Guru Perpustakaan dan Media yang baru dilantik, iaitu En Loqman telah membentangkan perancangan strategik tahun 2016 dan perancangan program sepanjang tahun 2016. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh GPK Pentadbiran, En Abdul Hadi B Mohd Yusof telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Diharap semua guru perlaksana dapat menjalankan segala program yang dirancang dengan baik dan mengikut perancangan tarikh yang ditetapkan.



Pengerusi, En Abdul Hadi, GPK Pentadbiran memulakan mesyuarat


Para guru yang terlibat tekun mendengar


En Loqman, Penyelaras Pusat Sumber mencatat minit mesyuarat

En Sam bertanyakan beberapa soalan dalam agenda hal-hal lain

SENARAI TUGASAN GURU-GURU DALAM PUSAT SUMBER SEKOLAH BOLEH DIRUJUK 


KE ARAH TRANSFORMASI PENGURUSAN PUSAT SUMBERS SEKOLAH ABAD KE-21

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA