Saturday 6 February 2016

PERHIMPUNAN BULANAN BADAN UNIFORM | KADET POLIS SMK PENDETA ZA'BA


PERHIMPUNAN BULANAN BADAN UNIFORM 
PENGURUS-  KADET POLIS SMK PENDETA ZA'BA

TARIH: 3 FEBRUARI 2016
MASA: 7.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI PENDETA
BADAN UNIFROM: KADET POLIS SMK PENDETA ZA'BA


Perhimpunan bulanan badan uniform SMK Pendeta Za'ba untuk kali ini telah diuruskan oleh Pasukan  Kadet Polis SMK Pendeta Za'ba. Majlis yang pada awalnya dirangka untuk dilaksanakan di dataran perhimpunan telah ditukar ke dewan seri pendeta kerana hujan telah mulai turun sejak awal pagi. Namun, perjalanan majlis dilaksanakan seperti dirancang dan telah berjalan dengan lancar. Tahniah dan syabas kepada pasukan kadet polis kerana berjaya menguruskan perhimpunan bulanan badan uniform untuk kali ini. Diharap pasukan badan uniform lain yang terdapat di SMK Pendeta Za'ba dapat bersedia untuk bulan seterusnya.

Perbarisan perarakan masuk pasukan kadet polis wanita yang dilatih oleh Puan Norizah


Bacaan doa sebelum majlis bermula

Ikrar kadet polis turut dibaca


Persembahan demonstrasi penangkapan pesalah telah menarik perhatian para pelajar SMK Pendeta Za'ba



Pemasangan pangkat dilakukan oleh Puan Norizah guru penasihat kadet polis, sijil disampaikan oleh Tuan Haji Roslan, GPK HEM sambil diiringi Puan Norhayati, GPK Kokurikulum

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan kadet polis kerana berjaya menguruskan perhimpunan bulanan badan uniform SMK Pendeta Za'ba. Gambar kenangan barisan pentadbir bersama guru penasihat kadet polis,Puan Norizah dan pasukan kadet polis yang terlibat


No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA