Sunday 13 March 2016

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS PSS SMK PENDETA ZA'BA SIRI 1 TAHUN 2016


Bengkel Pemantapan Pengawas PSS SMK Pendeta Za'ba Siri 1 tahun 2016
Tarikh: 12 Mac 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00pgi-11.30 tghri
Tempat: Perpustakaan SMK Pendeta Za'ba

Bengkel Pemantapan Pengawas PSS siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mac 2016 bertujuan untuk memberikan ilmu berkaitan pengurusan pusat sumber kepada semua Pengawas PSS yang baru dilantik melibatkan pengawas PSS baru tingkatan 1,2 dan 4 seramai 45 orang. Untuk siri 1 ini, beberapa aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti Ice-breaking-sesi berkenalan, taklimat pengenalan kepada Pusat Sumber SMKPZ, proses buku, urusan pinjaman di kaunter sirkulasi, jadual tugasan, pembinaan fail tegak dan menghias kotak perpustakaan bergerak (Mobile library). Semoga bengkel ini dapat memberikan pendedahan kepada pengawas PSS sesi 2016 akan bidang tugas serta tanggungjawab mereka. 

Suasana sewaktu sesi Ice-breaking, aktiviti melatih keberanian peserta melalui -kategori suara paling merdu dan mimik muka paling lawak

sesi taklimat yang dilakukan oleh Encik Loqman yang turut melaksanakan beberapa modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk pengawas PSS sepanjang bengkel berlangsung


Suasana ketika pembentukkan kumpulan mengikut bulan kelahiran tanpa mengeluarkan suara menguji peserta bengkel untuk menggunakan bahasa isyarat

Aktiviti menghias kotak perpustakaan bergerak hasil cetusan idea daripada guru perpustakaan Puan Asmahani dan Puan Siti Nor Firdaus 

Gambar kenangan sebelum bersurai


Ke arah Transformasi Pengurusan Pusat Sumber Abad Ke-21

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA