Tuesday 31 May 2016

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMK PENDETA ZA'BA 2016


SAMBUTAN HARI GURU SMK PENDETA ZA'BA 2016

Tarikh: 26 Mei 2016
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Anjuran: Kelab Guru dan Staf, SMKPZ
Penyelaras Program: Puan Noraini bt Abdul Rahim
Tema Pakaian: Biru

Pada 26 Mei 2016 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat sekolah bertempat di dewan seri pendeta. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya ialah sukaneka guru dan persembahan daripada pelajar. Tema hari guru pada tahun ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Semoga para guru SMK Pendeta Za'ba terus bersemangat menabur bakti melahirkan anak bangsa yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dan juga para pelajar yang bersama-sama memeriahkan sambutan hari guru 2016.


Perarakan masuk Pengetua cemerlang, Puan Hajah Hamidah Bt Burok, dif-dif jemputan dan warga pendidik sambil diiringi badan pemimpin pelajar SMK Pendeta Za'ba. Pertunjukkan silat daripada pasukan silat SMKPZ sebelum masuk ke dewan.

Sesi ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia
Gimik perasmian oleh Pengawas Pusat Sumber sekolah dan upacara memotong kek yang disediakan oleh Kelab Guru staf SMKPZ.

Suasana dewan seri pendeta ketika masjlis berlangsung

Sesi penyampaian anugerah guru yang telah diuruskan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengikut kategori dan penyampaian hadiah kepada pemenang
wajah-wajah ceria sambutan hari guru

acara sukaneka guru yang mencuit hati telah diuruskan oleh pengawas sekolah

photobooth oleh sidang redaksi yang sangat kreatif dan menjadi tumpuan guru serta pelajar untuk bergambar
penyelaras program sedang menguruskan pertandingan teka gambar guru
Goodies dan hamper turut disediakan oleh guru dan pengawas koperasi SMKPZ
penyampaian hadiah teka guru berdasarkan gambar 



sambutan hari guru SMKPZ dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar. Persembahan istimewa daripada Kelab Tarian yang telah menjadi Johan Festari Seremban sangat menarik perhatian


SELAMAT HARI GURU
"Guru Pembina Negara Bangsa"

@SMKPZ016_HARIGURU

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA