Thursday 17 December 2015

Guru Bertugas Harian / Mingguan

 Guru Bertugas Harian / Mingguan
Senarai Tugas
  1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir. 
  2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/ tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 
  3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah; jika perlu. 
  4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 
  5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 
  6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah. 
  7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon. 
  8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 
  9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 
  10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 
  11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah;
    • pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit 
    • lawatan-lawatan, pelawat 
    • ucapan/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan 
    • kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan 
    • laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.
  12. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. 
  13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
  14. Perhimpunan- Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.



sumber: Fb Bumi Pendidik

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA