Thursday 31 December 2015

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SMKPZ TAHUN 2016

 MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR  TINGKATAN 1 SMKPZ TAHUN 2016



Tarikh: 31 Disember 2015
Masa: 8.30 pagi- 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ
Penyelaras Program: Pn Sharifah Norashikin bt Syed Loed 
(Kaunselor)


Majlis pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 SMKPZ telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Keadaan cuaca juga amat baik seolah-olah turut mengalu-alukan kedatangan pelajar baru penerus generasi kecemerlangan di SMKPZ. Untuk makluman, seramai 450 orang pelajar baru tingkatan 1 telah mendaftar di SMKPZ bagi tahun 2016. 

Selamat maju jaya dan semoga terus bersemangat menuntut ilmu di SMKPZ di bawah bimbingan para guru yang sentiasa komited dan berdedikasi



Puan Hajah Hamidah bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ diirngi semua GPK dan ketua-ketua bidang menyambut kedatangan pelajar baru ke SMKPZ
Pengawas yang bertugas dibawah pimpinan Pn Norhazlin turut membantu melancarkan proses pendaftaran
Suasana semasa sambutan di pintu pagar utama SMKPZ . Semua guru amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baru tahun 2016


PENDAFTARAN
Seawal 7.40 pagi ibu bapa mula membanjiri perkarangan Dewan Seri Pendeta untuk pendaftaran murid. AJK pendaftaran telah membantu proses pendaftaran sehingga selesai

Penyelaras program sedang memberikan fail pendaftaran kepada En Eiwan

Suasana di meja pendaftaran sekitar pukul 8.15 pagi menunjukkan ibu bapa semakin ramai 


Murid-murid tingkatan 1 telah ditetapkan kelas berdasarkan keputusan UPSR mereka. Untuk memudahkan urusan pendaftaran, nama ditampal di hadapan Galeri Warisan Zaman bersebelahan dengan Dewan Seri Pendeta sekaligus memudahkan murid tingkatan 1 melihat penempatan kelas masing-masing.


Makanan dan buku pendaftaran juga telah diedarkan kepada ibu bapa dan pelajar sebelum mereka memasuki dewan


Suasana dalam dewan sewaktu ibu bapa dan para pelajar mendengar maklumat berkaitan pendaftaran yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan b Omar, GPK HEM dan amanat yang disampaikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ.
(lebih banyak gambar sewaktu majlis berlangsung akan menyusul kemudian)

kumpulan gamelan dibawah pimpinan Pn Nor hayati bt Abd Rahman, GPK Kokurikulum turut membuat persembahan iringan muzik gamelan sewaktu ketibaan dif-dif jemputan


Wajah ceria pelajar yang baru mendaftar di SMKPZ



Tahniah kepada semua Guru dan Jawatankuasa terlibat sepanjang majlis pendaftaran ini berlangsung. Semoga SMKPZ terus maju!

KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN


No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA