Monday 28 December 2015

PEMILIHAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) SMKPZ 2016


SUASANA SEKITAR PEMILIHAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) SMKPZ 2016

Tarikh: 23 Disember 2015
Tempat: SMK Pendeta Za'ba
Unit terlibat : Panitia Pendidikan Islam 

Menurut sumber yang diperolehi daripada penyelaras KAA, Ustazah Hajah Rahimah bt Haji Mamat, pada tahun ini seramai 193 permohonan secara atas talian (on-line) telah diterima dan diproses. Panel yang terlibat dalam pemilihan pelajar untuk memasuki Kelas Aliran Agama di SMKPZ ialah terdiri daripada Puan Hajah Hamidah Bt burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ beserta dengan guru-guru panitia Pendidikan Islam. Keputusan pemilihan telah menyenaraikan 54 orang pelajar terpilih untuk meneruskan delegasi kecemerlangan Kelas Aliran Agama di SMKPZ bagi tahun 2016.






Tahniah kepada pelajar yang terpilih mengikuti Kelas Aliran Agama di SMKPZ untuk tahun 2016!

......Sedikit Info......

DASAR-DASAR KELAS ALIRAN AGAMA(KAA)

Kelas aliran agama ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di sekolah berasrama penuh belajar dalam kelas yang terbaik di sekolah-sekolah terpilih. Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B diperingkat UPSR juga diberi peluang untuk masuk KAA ini.

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang pelajar yang tidak dapat ke Sekolah  Berasrama Penuh belajar di kelas terbaik di sekolah-sekolah Pilihan
  2. Memberi peluang pelajar Bumiputera dari luar bandar belajar dalam kelas aliran agama di bandar dan tinggal di asrama.
  3. Membentuk pelajar terbaik di sekolah dalam bidang  akademik dan ko-kurikulum
  4. Mencatatkan keputusan cemerlang bagi PT3.
  5. Mencatatkan peratus pencapaian terbaik PT3 dan setanding dengan pelajar yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh.
  6. Membentuk sahsiah dan peribadi  pelajar cemerlang mengikut acuan Sekolah Berasrama Penuh.
  7.  Membentuk jati diri pelajar cemerlang supaya berkeyakinan dalam menganjurkan sesuatu program atau majlis peringkat sekolah


KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA