Tuesday 22 December 2015

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SMKPZ 2016



Tarikh- 22 Disember 2015
Hari-Selasa
Tempat- Dewan Seri Pendeta
Masa- 8.00 pagi- 4 petang

Pada 22 Disember 2015, telah berlangsungnya Mesyuarat Guru SMKPZ kali pertama untuk tahun 2016 yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Banyak maklumat penting untuk gerak kerja tahun 2016 telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru kali pertama ini terutamanya berkaitan KPI (Key Performance Indicator) yang perlu dicapai oleh semua guru pada tahun 2016. Agihan buku pengurusan dan takwim 2016 serta buku rekod mengajar telah dilakukan untuk mempersiapkan guru dengan bidang tugas masing-masing yang telah dinyatakan secara terperinci dalam buku pengurusan dan takwim 2016. 

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari untuk rehat kemudian disambung dengan slot Mesyuarat Kokurikulum SMKPZ kali Pertama 2016 tepat pukul 2.00 petang. Perbincangan berkaitan pengurusan kokurikulum dibincangkan secara menyeluruh untuk memastikan semua guru peka dengan bidang tugas masing-masing dan sentiasa melaporkan sebarang perkembangan kepada GPK Kokurikulum, Pn Nor Hayati bt Abd Rahman untuk mencari solusi bersama. Mesyuarat tamat pada pukul 4.30 petang dan akan disambung pada 23 Disember bagi slot berikutnya.

Diharapkan melalui Mesyuarat Guru kali pertama ini, semua guru SMKPZ dapat membuat persediaan sebelum menempuh sesi persekolahan tahun 2016.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Hamidah Bt Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ yang turut dibantu oleh semua Guru Penolong Kanan.

Suasana semasa mesyuarat berlangsung

Semua guru SMKPZ dibekalkan dengan Buku Pengurusan dan Takwim 2016 yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.


Mutiara kata: Hidup bagaikan sebuah perjalanan merentasi jalan penuh liku, terkadang pahit meneruskan perjalanan namun yakin suatu masa pasti akan menemui jalan yang betul untuk sampai ke destinasi..Bahagia pasti muncul untuk orang yang berusaha - L.H

No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA